SEKUMPULAN remaja memperdaya seorang pekerja kedai yang dipercayai orang kelainan upaya (OKU), lembam dengan cara berpura-pura ingin membeli barangan.
Empat remaja lelaki itu lihat masuk ke dalam premis untuk membeli barang. Bagaimanapun dua daripada mereka dipercayai mencuri beberapa makanan seperti coklat yang ada di kaunter.
Kedua-duanya itu meninggalkan premis sambil bergelak ketawa.
Kegiatan tidak bermoral remaja terbabit dirakam kamera liter tertutup (CCTV) kedai dan dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, Hakak_omeyy.
Dua remaja yang membuat bayaran di kedai terbabit bagaimanapun tidak memberi sebarang reaksi mahupun menghalang perbuatan dua lagi rakan mereka.
Berdasarkan tinjauan Majoriti di ruangan komen, kejadian difahamkan berlaku di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai berhampiran kawasan Hospital Permai, Kempas Banjaran, Johor Bahru.
Rakaman video menunjukkan sekumpulan remaja dipercayai membuli seorang pekerja OKU dengan cara mencuri beberapa barangan makanan.
Menurut pemilik akaun tersebut, lelaki OKU itu adalah kakitangan hospital terbabit dan bekerja secara sambilan di kedai runcit itu.
Dalam pada itu, kejadian itu turut dikatakan sudah beberapa kali berlaku dan ia masih berlarutan hingga kini.
“Sekali dua boleh diam, tapi dah banyak kali. Leak jadi leak perangai,” katanya.
Beberapa pengguna media sosial lain menasihatkan agar pemilik kedai membuat laporan polis dan mengambil tindakan tegas terhadap remaja berkenaan.
“Tangkap jangan dibiarkan nanti dibuat lagi,” kata nizam102148.
“Bagus ada CCTV. Bukti terus buat report. Kasi ajar sikit,” kata bellaA.
“Viralkan. Ambil gambar dari kejadian ini, tampal depan kedai,” kata user6687825177542. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram