PENGHUNI kediaman Pangsapuri Meranti Cheras Hartamas, Taman Bukit Segar, Selangor berdepan detik cemas apabila tangki air pecah.
Kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu itu memperlihatkan air memenuhi di laluan tangga dan koridor bangunan empat tingkat itu.
Berdasarkan video yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok, Norliza Liza579, kejadian yang berlaku sekitar pukul 8 malam itu mencemaskan penghuni.
Bukan bergenang air, tetapi penduduk juga mengeluh kerana terdapat beberapa barangan yang rosak akibat terkena air.
Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, difahamkan penghuni rumah di tingkat paling atas antara yang terkesan teruk dalam insiden itu.
Dalam pada itu mereka turut sibuk mengalihkan beberapa barangan terutama peralatan elektrik.
Rakaman kediaman penduduk yang dilimpahi dengan air akibat tangki pecah.
Tidak kurang daripada itu, pengguna media sosial turut mengharapkan agar penghuni tabah mengharungi dugaan termasuk menjalankan kerja-kerja pembersihan.
“Semoga ALLAH permudahkan urusan penduduk di sana,” kata Shahida Hji MatSahid.
“Rumah paling atas la paling teruk. Moga dipermudahkan segala urusan,” kata Nor80miss.
Sementara itu Majoriti sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada penduduk berkenaan berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram