'Kau jangan turun,' salah bagi signal punca 2 pemandu bergaduh sampai pecah bumper kereta


  • Tular
  • Isnin, 24 Okt 2022

Tangkap layar seorang pemandu Myvi memukul dan memecahkan bumper kereta kenderaan lain.

MERAKAM detik indah bersama keluarga terutama kedua orang tua tentu sahaja akan menjadi momen indah yang akan dikenang sampai bila-bila.

Begitu juga dengan seorang wanita yang merakam gambar dirinya bersama seorang lelaki dan juga dua warga emas di dalam sebuah kenderaan.

Berdasarkan rakaman yang tular, wanita terbabit memberitahu bahawa dia sedang bersiar-siar di Putatan, Sabah.

Bagaimanapun perkara sebaliknya berlaku apabila lelaki yang bersama wanita itu berang dengan tindakan seorang pemandu Perodua Myvi berwarna putih.

Difahamkan pemandu Myvi itu memberikan isyarat ke kanan, tetapi masuk ke laluan sebelah kiri.

Disebabkan rasa tidak puas hati, lelaki itu cuba mengejar pemandu terbabit dan membukakan tingkap serta memarahinya. Perbuatan itu secara tidak langsung mencetuskan kemarahan kedua-dua pihak.

Menambahkan perasaan marah, pemandu Myvi itu menunjukkan isyarat lucah dan menyebabkan lelaki berkenaan menjadi semakin marah.

Kedua-dua saling kejar mengejar sambil membuka tingkap kenderaan dan memarahi antara satu sama lain.

Sedutan rakaman lelaki berang sambil memukul dan memecahkan bumper serta lampu kabus sebuah kenderaan.

Pemandu Myvi terbabit kemudian memberhentikan kenderaan di hadapan kereta lelaki terbabit dan memintanya keluar daripada kereta.

Niat lelaki itu bagaimanapun dihalang oleh wanita terbabit yang memintanya agar kekal di dalam kereta dan tidak perlu bergaduh dengan pemandu berkenaan.

“Kau jangan turun, kau jangan turun, kau jangan turun,” kata wanita itu.

Lelaki itu kemudian menjerit ke arah pemandu Myvi itu dari dalam keretanya.

“Apa masalah kau, apa masalah kau,” katanya.

Tanpa membuang waktu, pemandu Myvi itu kemudian mengeluarkan batang besi dan memukul bahagian depan kereta lelaki yang dipercayai Proton Pesona.

Insiden itu mengakibatkan kenderaan lelaki berkenaan mengalami kerosakan pada bumper kereta dan pecah lampu kabus.

Pemandu tersebut kemudian dilihat meninggalkan lokasi kejadian.

Berdasarkan rakaman itu juga didapati tiada individu mengalami sebarang kecederaan serius.

Pasangan itu kemudian mengambil keputusan untuk ke bengkel bagi membaiki kerosakan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram