Pengaruh jam pintar mampu tingkat kualiti penjagaan kesihatan


  • Sihat
  • Ahad, 27 Nov 2022

Pemakaian jam tangan pintar dapat memantau tahap kesihatan sekali gus menggalakkan amalan gaya hidup sihat.

PERKEMBANGAN teknologi yang pesat bukan sahaja memberi peluang untuk menerokai dimensi baharu, tetapi turut dapat mencari solusi menyelesaikan masalah dengan cepat dan mudah.

Begitu juga dengan zaman modenisasi terhadap penggunaan peranti pintar yang dapat membantu mengenal pasti tahap kesihatan seseorang dari masa ke masa.

Kelebihannya yang mampu dipakai ke mana sahaja dan mencatat data tanpa batasan waktu mempunyai pemakaian jam tangan pintar sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup sekarang.

Berdasarkan zdnet.com, kesihatan digital itu bermaksud satu konsep mudah yang menggunakan teknologi untuk membantu kesejahteraan individu dan merangkumi pelbagai aspek.

Kepentingan digital terhadap kesihatan

Outdoor shot of motivated bearded man stretches arms warms up before workout wears smartwacth casual black t shirt concentrated into distance poses against blurred background. Sport concept.

Perubahan gaya hidup mengakibatkan sebilangan daripada masyarakat terlalu fokus terhadap membina kerjaya tanpa mementingkan penjagaan kesihatan.

Tindakan begitu mampu mengundang kemudaratan sekiranya tidak mengamalkan pemakanan sihat mahupun melakukan aktiviti fizikal.

Oleh itu kewujudan jam tangan pintar yang boleh dipantau menerusi telefon pintar berpotensi memberi manfaaat kepada pesakit untuk mengetahui tahap tekanan darah, kadar denyutan jantung, memantau kadar glukosa, diet, data tidur dan beberapa kemudahan lain.

Cara ini mampu merekod dan mendapatkan maklumat data yang cukup sebelum mendapatkan rawatan dengan doktor.

Alat kesihatan digital juga boleh membantu mengenal pasti penyakit baharu atau penyakit sedia ada berubah menjadi semakin buruk sekali gus membolehkan untuk mendapatkan rawatan segera.

Ini juga mampu membantu dalam meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan jumlah kos penjagaan kesihatan.

Penyakit seperti diabetes tahap dua, tekanan darah tinggi dan peningkatan kadar kolestrol mampu dikawal dan membentuk pola pemakanan sihat termasuk mengamalkan gaya hidup aktif.

Tingkatkan motivasi

majoriti2022

Dalam pada itu, pemakaian jam tangan pintar bukan sahaja memberi refleksi terhadap corak gaya hidup semasa, tetapi mampu membantu untuk membakar semangat untuk mengamalkan kehidupan sihat.

Catatan data kehidupan yang aktif seperti melakukan bersukan, senaman mampu membuatkan seseorang berusaha untuk memastikannya seimbang dari semasa ke semasa.

Jika dahulu kemudahan sebegitu hanya fokus kepada jenama mewah, tetapi sekarang variasi pilihan tersedia mengikut kadar harga mampu milik sehingga ada yang mencecah ribuan ringgit.

Oleh itu pemilihan terhadap tahap aktif dan kemampuan untuk membuat pemilihan peranti yang bersesuai mengikut cita rasa dan fungsi.

Data tersimpan boleh dijadikan rujukan harian untuk mengenal pasti tahap kesihatan dan amalan termasuk membentuk tabiat pemakanan dan gaya hidup seimbang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram