'Budak lemah' tutup mulut puaka dengan pingat emas Olimpik


Panipak (kanan) menjulang nama apabila meraih pingat emas di acara Olimpik Tokyo 2020 apabila menjadi atlet taekwondo Thailand pertama dalam sukan tersebut.

SETIAP manusia mempunyai keinginan dan sasaran dalam hidup. Tidak mengira sama ada pencapaian dalam urusan peribadi mahupun kerjaya.

Tentu sahaja pelbagai halangan dan rintangan untuk mencapai apa yang diidamkan kerana bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Oleh itu pengorbanan perlu dilakukan agar dapat memastkan kejayaan kekal berada dalam genggaman.

Begitu juga dengan atlet sukan taekwondo, Panipak Wongpattanakit yang berjaya menyarung pingat emas sulung di acara Olimpik Tokyo 2020.

Kemenangan Panipak itu secara tidak langsung terus melonjakkan namanya dan menjadi inspirasi buat golongan belia lain.

Bukan sekadar menarik minat, tetapi pingat emas itu turut berjaya menutup mulut-mulut ‘puaka’ yang selama ini berpandangan negatif terhadapnya.

Masakan tidak, sukan taekwondo kurang mendapat perhatian peminat sukan di Thailand berbanding bola sepak dan bola tampar.

Budak ‘lemah’

majoriti2022 (1)

Mula menyertai sukan itu ketika berusia sembilan tahun, Panipak nyata tidak menyesal dengan keputusan yang dilakukan.

Memiliki ketinggian 1.73 meter, Panipak dianggap tidak mampu untuk mempamerkan aksi perlawanan yang baik.

“Mereka anggap saya memiliki badan yang lemah dan segala-galanya salah. Kata mereka sukan ini tidak popular,” ujarnya memulakan bicara.

Ironinya, sebelum ini dia pernah memenangi emas bagi kategori 44 kilogram perempuan di acara Olimpik Remaja Nanjing 2014 di China.

Ketika itu dia berumur 17 tahun namun, sudah mampu untuk melakar sejarah di pentas dunia.

Kini, usianya 25 tahun pula menjadi inspirasi buat agar tidak mudah mengaku kalah.

Menyemak semula kejayaannya di Jepun sekali gus membawa pulang pingat emas untuk negara Gajah Putih itu, Panipak memberitahu segalanya berlaku pada saat akhir.

Oportunis

ezgif-2-3dbaa58972

Panipak bersama dengan jurulatihnya, Choi Young-seok.— Olympics

Lawannya, Adriana Cerezo Oglesias dari Sepanyol mendahului dengan 10-9 mata d hadapan.

Enggan mengalah mahupun membiarkan diri diselelubungi dengan kecewa, Panipak tetap optimis untuk mengorak langkah demi matlamat.

Berbekalkan masa lima saat terakhir, Panipak akhirnya meraih kemenangan dengan mata 11-10.

“Olimpik Tokyo merupakan kenangan terbaik kerana itu merupakan pingat emas pertama di Olimpik untuk pasukan Thailand dalam sukan taekwondo.

“Pada saat-saat terakhir perlawanan, saya tidak berputus asa dan tetap membulatkan hati untuk memang. Meskipun masa yang ada tidak terlalu banyak, tetapi saya tetap optimis untuk meraih kemenangan,” terangnya.

Melihat kepada peluang yang ada, secara mata kasar mungkin tiada sebarang kenyakinan atau harapan.

Namun, dengan sikap tidak mudah menyerah kalah, Panipak berjaya membuktikan kesungguhan mampu menghadapi segalanya.

“Jangan pernah berputus asa, tahan sehingga detik atau minit terakhir. Yakin, anda boleh berjaya,” katanya penuh semangat.

Kemenangannya di negara matahari terbit itu bukan sahaja memberi dorongan kepada diri Panipak untuk terus berjaya, tetapi turut menarik minat golongan muda menyertai taekwondo.

"Melihat kepada ibu bapa yang mula menghantar anak mereka untuk menyertai sukan ini, dan sokongan peminat sukan yang mula mempamerkan reaksi positif membuatkan saya terharu.

"Pada masa sama ini juga menjadi kekuatan untuk terus bersemangat agar mampu melakar sejarah dan menjadi inspirasi buat semua masyarakat," tambahnya.

Panipak kini fokus terhadap latihan sebagai persediaan sebelum menyertai kejohanan Olimpik Paris 2024. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram