Hobi boleh jadi penarik dalam resume, ketahui caranya


  • Hobi
  • Rabu, 23 Nov 2022

Pemilihan hobi yang tepat dalam membantu seseorang itu untuk lebih menonjol dalam resume.

MENURUT terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka, resume membawa maksud keterangan ringkas tentang maklumat diri, pendidikan, pengalaman kerjaya.

Kebiasaan resume akan dihantar ke pengurusan organisasi untuk digunakan sebagai permohonan pekerjaan.

Tidak hanya memiliki butiran peribadi, tetapi hobi mahupun aktiviti kegemaran turut boleh diletakkan ke dalam resume.

Pasti wujud pandangan mengatakan adakah maklumat sebegini perlu atau mungkin dianggap tidak profesional. Namun perkara itu bergantung kepada keadaan dan jenis organisasi yang dipohon.

Confident millennial female applicant in glasses talking at job interview answering questions, vacancy candidate making first impression concept and introducing herself speaking to hr holding resume

Pengisian itu bergantung kepada jenis jawatan yang dipohon kerana hobi turut mampu memainkan peranan dalam memberi pengaruh kepada majikan.

Hobi dan minat itu merupakan dua perkara berbeza. Minat lebih tertumpu kepada aktiviti santai seperti kegemaran menonton televisyen dan bermain permainan video. Berbeza dengan hobi yang lebih fokus kepada rutin seperti menyertai sukan, melukis atau menjadi sukarelawan.

Tarik perhatian dengan hobi

Kesenian

Sekiranya jawatan yang dipohon bersifat seni atau memerlukan seserang itu memiliki ciri-ciri kreatif, hobi seperti melukis atau mengambil gambar boleh menjadi sokongan.

Kesukanan

Selain itu meletakkan hobi seperti menyertai pasukan sukan seperti permainan bola sepak, bola keranjang atau hoki mencerminkan sifat kepimpinan dan mampu bekerjasama.

Daya tahan

Individu yang gemar menjadikan sukan lasak sebagai kegemaran melambangkan nilai semangat dan ketabahan dalam berhadapan dengan cabaran.

Komuniti

Memiliki hobi seperti menjadi sukarela secara tidak langsung memberikan cerminan bahawa seseorang itu bertimbang rasa dan prihatin terhadap orang lain.

Group of asian diverse people volunteer teamwork ,environment conservation,volunteer help to picking plastic and foam garbage on park area.Volunteering world environment day.

Buat keputusan bijak

Disebabkan itu pemilihan tepat perlu dilakukan agar tidak menjejaskan kualiti resume atau gagal mencuri perhatian.

Disebabkan itu sebaiknya cuba lakukan siasatan terhadap latar belakang organisasi dipohon. Sesuaikan hobi dengan jawatan yang dipohon seperti, sekiranya jawatan berkenaan kreativiti, hobi seperti suntingan video, mengambil gambar atau melukis.

Cuba fokus keterangan secara kreatif bagi mencerminkan ciri-ciri profesional.

Info tentang hobi juga perlu dijelaskan dengan terperinci agar tidak dianggap tipu atau sekadar menokok tambah.

Apabila keterangan hobi dijelaskan dengan baik, perkara itu boleh dijadikan kelebihan untuk menonjol.

Sekiranya bernasib baik aktiviti hobi itu akan menjadi topik perbualan dengan pengurusan dan tentu sahaja memberi satu kelebihan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram