Percaya atau tidak, ini 5 bintang filem tempatan yang pernah dipikat produksi antarabangsa


  • Hiburan
  • Ahad, 23 Okt 2022

Lima selebriti yang berpeluang beraksi dengan produksi filem antarabangsa.

TATKALA menyingkap kembali lembaran industri perfileman negara, ramai sebenarnya pelakon berbakat yang pernah dihasilkan bermula daripada filem hitam putih hinggalah ke era moden.

Malah, bakat seni negara sejak zaman, seniman legenda, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee lagi sudah mula diintai khususnya produksi filem luar negara.

Malah, pelakon, Datuk Michelle Yeoh juga antara bakat seni tempatan yang bersinar di peringkat antarabangsa menerusi filem seperti James Bond, Tomorrow Never Dies yang mana dia melakonkan watak gadis Bond.

Berikut, Majoriti senaraikan lima pelakon filem tempatan yang pernah beraksi untuk produksi filem luar negara:

WhatsApp Image 2022-10-22 at 12.39.35 PM

Ibrahim Pendek (tengah) dalam filem The Spiral Road yang ditayangkan pada 1962. — Facebook

Siapa yang tidak kenal dengan Allahyarham Ibrahim Pendek. Wataknya dalam filem-filem yang dihasilkan P.Ramlee sering memberi kesan kepada penonton.

Disebabkan itu juga dia berjaya menarik minat pengarah filem Hollywood untuk berlakon dalam filem The Spiral Road dan bergandingan dengan Rock Hudson dan Gene Rowlands.

Untuk rekod, dia selepas itu ditawarkan lagi untuk berlakon filem Hollywood namun tidak kesampaian kerana permohonan visanya tidak diluluskan.

WhatsApp Image 2022-10-22 at 12.52.25 PM

Datuk Rosyam Nor menerusi filem Hong Kong berjudul G Storm yang ditayangkan tahun lalu.

Rosyam Nor antara pelakon yang dianggap sebagai seorang daripada hero Malaya yang ada dalam dalam negara.

Pada 2016, Rosyam telah ditawarkan berlakon dalam filem Kollywood (Tamil) bersama dengan pelakon legenda, Rajinikanth.

Menerusi filem berjudul Kabali itu, dia ditawarkan watak antagonis dan walaupun babak lakonannya sedikit, tetapi ia tetap menjadi tumpuan penonton.

Adegan yang dilakonkan Erra Fazira dalam filem Sembilu II.

Pernah digelar sebagai seorang primadona filem Melayu, Erra Fazira bukan sahaja jelita, tetapi cukup berbakat besar dalam lakonan.

Disebabkan itu juga dia pernah membintangi sebuah filem seram berjudul Hidden pada 2011 dan bergandingan dengan Christopher Atkins.

Menerusi fillem itu, dia membawakan watak Dian, seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak. Selain Erra, seorang lagi pelakon, Elaine Daly turut menjadi bintang dalam filem itu.

Deanna Yusoff menerusi filem Ringgit Kasorga yang ditayangkan pada 1995.

Deanna Yusoff antara wajah dalam filem yang cukup terkenal pada era 90-an menerusi filem seperti Chermin, Abang 92 dan Ringgit Kasorrga.

Selain filem tempatan, dia pernah membintangi filem antarabangsa seperti Return To Paradise (1998) yang dibintangi oleh Joaquin Pheonix, Vince Vaughn dan ramai lagi.

Deanna juga turut membintangi filem Anna And The King (1999) yang mana dia membawakan watak sebagai Lady Thiang.

Maya Karin has started workout sessions on her Instagram during this MCO period. Photo: Art Chen/The Star.

Maya Karin akui banyak belajar walaupun mempunyai hanya satu adegan di Hollywood.

Masih menjadi buruan pengkarya filem hingga kini, bakat Maya Karin sebagai pelakon memang tidak boleh dinafikan.

Malah, dia juga antara pelakon yang banyak menerima pengiktirafan sebagai pelakon wanita terbaik dalam anugerah tempatan.

Pada 2019, dia diberi peluang untuk berlakon dalam filem seram berjudul Alone yang dibintangi pelakon Hollywood seperti Donald Sutherland dan Tyler Posey. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram