'Roy, hati kau keras', ini 5 filem mat rempit cipta fenomena jentik jiwa rider


  • Hiburan
  • Khamis, 29 Sep 2022

Watak Spark (dua dari kiri) dan Madi (empat dari kiri) masih menjadi ingatan hingga kini.

KEBANYAKAN filem Hollywood mengangkat tema permotoran kereta sebagai daya tarikan kepada penonton.

Tetapi untuk karya tempatan, tema mat rempit atau motosikal yang cukup digemari dan menjadi tarikan penonton.

Bukan itu sahaja, ada juga pelakon tempatan yang cukup sinonim dengan filem bertemakan motosikal sehingga tak sah kalau tiada mereka dalam filem tersebut.

Berikut Majoriti senaraikan filem yang menangkat genre permotoran dua roda yang menjadi fenomena dan mendapat sambutan hangat penonton.

MV5BMjRjYzY4OGYtODE0YS00ZDY4LTg0MjAtNDlkYTE4N2UyZDdlXkEyXkFqcGdeQXVyMDM3MzU0Ng@@._V1_FMjpg_UX1000_

KL Menjerit (2002)

Filem yang ditayangkan pada 2002 ini menampilkan Rosyam Nor sebagai hero dan Lisdawati sebagai heroin dengan dibantu pelakon hebat lain seperti Liza Hanim dan Faizal Hussein.

Menerusi layar perak berlatar belakangkan isu lumba haram dan masalah sosial ini, sambutan yang diterima sepanjang tempoh tayangan sangat luar biasa dengan kutipan pecah panggung berjumlah RM3 juta.

Selain itu, filem ini juga menerima lapan kemenangan dalam Festival Filem Malaysia ke-16 antaranya Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Datuk Rosyam Nor).

Rempit-poster

Remp-It (2006)

Faktor yang membuatkan filem Remp-It menjadi kegilaan sehingga kini kerana watak dan motosikal yang digunakan cukup dekat dengan jiwa rider.

Selain penampilan Yamaha RX-Z yang digunakan hero filem ini, dialog, aksi sebenar mat rempit yang ditonjolkan berjaya memikat hati penonton.

Selain itu, watak Madi (Farid Kamil) dan Spark (Zul Huzaimy) juga cukup berkesan sehingga kekal diingati sehingga kini.

Adnan_sempit

Adnan Semp-It (2010)

Filem ini diarahkan oleh pengarah yang sama menghasilkan Remp-It iaitu Ahmad Idham dan dianggap sebagai sebuah filem parodi.

Pada asalnya, filem ini berjudul Rempit Nan Sempit tetapi ditukar tajuknya kerana kerajaan tidak menggalakkan tema mat rempit dalam filem.

Filem yang dilakonkan Shaheizy Sam dan Intan Ladyana ini mendapat sambutan yang baik dengan kutipan berjumlah RM7.66 juta.

48319606042_d98b7e3860_o

Gila-Gila Remaja (1986)

Boleh dikatakan ini karya pertama yang mengangkat tema motosikal dalam filem.

Bukan itu sahaja, kerana filem ini juga, nama Faizal Hussein dan Rosyam Nor menjadi cukup sinonim dengan dunia motosikal dengan dialog, "Roy, Roy... hati kau keras."

Walaupun sudah 36 tahun filem ini ditayangkan di pawagam, filem ini masih kekal evergreen dan ditayangkan di televisyen hingga kini.

7matmoto00_450

Mat Moto (2016)

Mat Moto adalah karya arahan sulung Syafiq Yusof bersama Pekin Ibrahim.

Menariknya, filem ini menampilkan pelakon yang cukup sinonim dengan dunia permotoran seperti Rosyam Nor, Zul Huzaimy, Faizal Hussein dan Shaheizy Sam.

Senarai pelakon itu yang membuatkan filem ini menjadi tumpuan dan seperti biasa, Yamaha RX-Z juga menjadi peranan untuk menarik penonton ke panggung wayang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram