Suria FM nak bagi duit dan belanja makan, jom jadi pendengar setia bermula sekarang!


  • Hiburan
  • Selasa, 20 Sep 2022

Suria FM bakal kembali menemui peminat dan pendengar setia menerusi aktiviti 'Morning Morning Suria Nak Bagi Duit' dan 'Morning SURIA Belanja Makan!'

SURIA FM kembali menggegar pendengar dan peminat setia apabila bakal menjalankan dua aktiviti menarik serentak bermula 12 September sehingga 28 Oktober ini.

Baru sahaja selesai dalam siri jelajah Suria 90 bulan lalu, perjalanan Suria FM dalam menghiburkan hati pendengar tidak terhenti di situ apabila akan menjalankan peraduan ‘Morning Morning SURIA Nak Bagi Duit’ dan Morning 'Morning SURIA Belanja Makan!'.

Pelbagai aktiviti serta tawaran menarik bakal diadakan, orang ramai berpeluang untuk menemui penyampai Shuib, Ajak dan Suraya di lokasi yang terpilih.

1

Morning Morning SURIA Nak Bagi Duit

Pendengar Suria FM berpeluang memenangi sebahagian daripada wang tunai RM70,000 bermula 12 September sehingga 28 Oktober menerusi peraduan ‘Morning Morning SURIA Nak Bagi Duit’.

Dengan 'tagline' ‘DENGAR, INGAT DAN ULANG’, pendengar perlu mendengar 5 lagu terpilih yang dimainkan sepanjang hari bermula pukul 6 pagi sehingga 1 pagi menerusi segmen 'Morning Morning Suria,' 'Gaya Suria,' 'Suria Petang' dan 'Suria Cinta.'

Selepas isyarat memanggil dikeudarakan, pendengar perlu menjadi pengirim whatsapp ke-5 di talian 017-8961053 berserta nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat emel dan #MorningMorningSuriaNakBagiDuit. Penyampai Suria kemudiannya akan menghubungi mereka dan perlu sebutkan 5 tajuk lagu berserta nama penyanyi dengan betul.

Wang tunai RM250 akan diberikan untuk jawapan yang betul dan jika salah, wang tersebut akan dibawa ke segmen berikutnya. Jika pemanggil dihubungi pada waktu bonus, mereka berpeluang memenangi wang tambahan RM1000.

Morning SURIA Belanja Makan!

Lanjutan daripada pengumuman Shuib sebagai penyampai baharu Suria FM baru baru ini, Suria FM akan membawa penyampai ‘Morning Morning Suria’ Shuib, Ajak dan Suraya untuk belanja 100 pendengar Suria FM makan di setiap lokasi yang bakal dikunjungi.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Cik Roslinda Abd Majid (DJ Lin), 'Jelajah Morning Morning Suria Belanja Makan' ini adalah kesinambungan daripada siri Jelajah 90 Suria yang diadakan sepanjang Ogos lalu dan lokasi yang dipilih merupakan lokasi yang tidak dikunjungi sebelum ini.

“Aktiviti ini bertujuan untuk mendekatkan pendengar dan juga barisan penyampai Suria FM khususnya Shuib yang baru sahaja menjadi ahli keluarga baharu kami”.

Tambahnya lagi, sepanjang siri ‘Morning Morning Suria Belanja Makan’ diadakan, pendengar turut berpeluang membeli barangan eksklusif suria yang dijual dengan harga promosi serta memenangi sebahagian daripada RM5,000 sewaktu acara berlangsung.

Lokasi pertama untuk program ‘Morning Morning Suria Belanja Makan’ adalah di Kota Bharu, Kelantan pada 24 September (Sabtu) ini yang mana pendengar boleh bersarapan pagi bersama penyampai kesayangan mereka di Ayang Café dan seterusnya makan tengahari di Make@Tunjung.

Selepas selesai acara di Kota Bharu, penyampai ‘Morning Morning Suria’ akan ke Kuala Terengganu untuk makan malam bersama pendengar di D’Perahu Seafood.

Keesokan harinya, 25 September (Ahad), mereka boleh bersarapan bersama Ajak, Suraya dan Shuib di Nasi Dagang Atas Tol 1 manakala sebelah tengahari pula akan berada di Aurora Coffee House, Dungun Terengganu bermula pukul 12 tengahari sehingga 3 petang.

Di sebelah pantai timur pula, jelajah ‘Morning Morning Suria Belanja Makan’ akan menemui pendengar di Melaka pada 1 Oktober (Sabtu), bersarapan di Roti Canai Kayu Arang dan seterusnya makan tengahari di Asam Pedas Pak Man dan makan malam di The Wau, Melaka.

Sebarang info lanjut peraduan ‘Morning Morning Suria Nak Bagi Duit’ dan 'Morning SURIA Belanja Makan!' boleh layari laman web Suria di www.suria.my juga laman sosial Suria Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram