Lebih 12,000 serbu siri akhir Jelajah 90 Suria Memang Cantik KAK ELL di IOI Putrajaya


  • Hiburan
  • Isnin, 29 Ogos 2022

Shuib (depan berkaca mata) bergambar bersama peminat ketika Jelajah 90 Suria pada Sabtu.

LEBIH daripada 18 artis popular melakukan persembahan ketika siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik KAK ELL, yang berakhir di IOI City Mall, dekat Putrajaya pada Sabtu.

Ini termasuk penampilan Dayang Nurfaizah, Imsoniacks, Amir Uk's, Nuha Bahrin, Naufal Azrin, Muss, Floor 88, Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Iman Troye dan Amir Masdi.

aafebb07-33fa-4e6f-8d97-e644642a3002

Nuha dan Naufal antara penyanyi yang hadir memeriahkan jelajah tersebut.

Selain itu, pentas jelajah itu dibuka oleh barisan artis baharu, antara lain termasuk Farah Rose, kumpulan Juita, Encem Bois, Syeera Aziz, Aiman Zaidi, Hakim Khan, Farra Ahmad, Adzrin, Ahmad Syafiq, Wawa Shazwa, serta penampilan khas, juara pertandingan ‘Busking 90 Suria’, kumpulan Qatas.

Pada masa sama, penonton dikejutkan dengan kehadiran pelawak dan usahawan terkenal, Shuib yang muncul membawa motosikal sebagai hadiah utama cabutan bertuah, sekali gus beliau diumumkan sebagai ahli keluarga baharu Suria FM.

Persembahan penutup daripada penyanyi legenda, Ziana Zain merupakan klimaks bagi siri Jelajah 90 Suria kali ini dengan dendangan lagu nostalgia, Berakhir Akhirnya dan Sangkar Cinta.

863b0b68-4de7-41e7-8b6e-35bb3c66fa24

Ziana Zain berduet bersama peminatnya, Ayish.

Sementara itu, Pengurus Besar Suria FM, Cik Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin berkata, Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL itu merupakan penampilan pertama Suria FM di Lembah Klang, setelah dua tahun stesen radio tersebut tidak turun padang bertemu peminat akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Sejujurnya, kami berasa teruja kerana terlalu rindu untuk bertemu dengan pendengar setia Suria FM dan pada masa sama, kami sangat bersyukur di atas sambutan luar biasa yang diberikan.

"Terima kasih buat pendengar Suria yang membeli barangan 'Eksklusif Suria' yang dijual di gerai Kedai Suria sepanjang konsert berlangsung seperti t-shirt, topi, payung, drawstring bag, apron, stiker kereta untuk road tax dan frekuensi serta lanyard.

"Pembeli bertuah turut pulang dengan hadiah istimewa antaranya motosikal, basikal lipat dan barangan elektrik," katanya.

d461024b-5187-4330-ae6c-f7cae325e544

Pendengar Suria FM memberi sambutan menggalakkan ketika Jelajah 90 Suria.

Untuk lokasi terakhir bagi jelajah di pusat beli-belah itu, jualan barangan eksklusif Suria FM di Kedai Suria berjaya mengutip lebih daripada RM22,000, sekali gus menjadikan jumlah jualan terkumpul bagi kesemua empat lokasi Jelajah Suria melebihi RM60,000.

photo_6079957233682199130_y

Haqiem Rusli turut hadir menghiburkan peminat.

Kehadiran pengunjung di pusat beli-belah tersebut mencatatkan jumlah penonton paling ramai berbanding lokasi lain.

Dianggarkan, lebih 12,000 penonton membanjiri ruang legar pusat beli-belah berkenaan, yang kebanyakan datang dari serata Malaysia dan Singapura.

photo_6079957233682199131_y

Antara yang hadir memeriahkan jelajah tersebut.

Jumlah tontonan di platform digital Suria iaitu YouTube Suria TV, Facebook Suria FM dan Aplikasi Suria Malaysia pula mencatatkan hampir 100,000 tontonan sepanjang acara berlangsung.

Mengulas lanjut, DJ Lin berkata, kejayaan tersebut mencetuskan inspirasi buat Suria FM agar terus berusaha memberikan yang terbaik buat pendengar setia mereka.

Beliau berkata, misi terdekat Suria FM adalah untuk meletakkannya tersenarai antara tiga stesen radio bahasa Melayu, yang paling popular dan paling ramai khalayak pendengarnya.

photo_6079957233682199121_y

Wany Hasrita ramah melayan pemilik ciliknya.

Apatah lagi, katanya, Suria FM bakal menyambut ulang tahun ke-15 penubuhannya pada tanggal 24 November 2022.

"Mohon doa semua moga impian dan hasrat kami menjadi nyata dan moga ALLAH permudahkan segalanya," katanya.

Beliau turut ucapan terima kasih kepada pihak penaja utama, Kak ELL, serta penaja bersama, Celcom dan Gintell.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria FM, jelajah.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

Gunakan #Jelajah90Suria #Jelajah90SuriaMemangCantikKakELL #kakell #memangcantik untuk sebarang interaksi berkaitan jelajah tersebut di laman sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram