Hukum sebar aib pasangan di media sosial


  • Mukmin
  • Selasa, 10 Mei 2022

SUSPEK dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Cheras, sehari sebelum Aidilfitri. — Facebook

HIDUP berumah tangga pasti ada pasang surutnya, ada masa bahagia, ada masa diuji dengan pelbagai dugaan sama ada dalam bentuk kewangan, kesihatan mahupun kesetiaan.

Tidak terkecuali rasa lara apabila pasangan bermain kayu tiga di belakang perkahwinan.

Baru-baru ini, media melaporkan tindakan seorang isteri mendedahkan kecurangan suami di media sosial memakan diri apabila menemui ajal selepas dibelasah suami sehari sebelum sambutan Aidilfitri lalu.

Memetik laporan Bernama, Mohd Syawalludin Ismail, 38, dituduh membunuh Siti Nadirah Mohd Nazul, 28, di sebuah kediaman di Taman Koperasi Maju Jaya, Jalan Maju Jaya 5, Cheras, antara pukul 12 tengah malam hingga 3.30 pagi 1 Mei lalu.

Difahamkan, suspek dipercayai telah membelasah dan memukul isterinya dengan senjata tumpul selepas tindakan mangsa yang menghebahkan situasi rumah tangga mereka di media sosial.

“Motif pembunuhan ialah suspek marah dengan mangsa disebabkan mangsa memuat naik di media sosial suspek mempunyai hubungan sulit.

“Siasatan juga menemukan bukti dan keterangan jelas mengaitkan suspek terbabit dalam kes itu,” kata pihak polis.

Dalam pada itu, bagi mereka yang mendirikan rumah tangga, perlu memahami tidak semua hubungan dalam rumah tangga perlu dihebohkan dalam media sosial kerana hukumnya haram.

196682669_336671434490010_7697912102891576422_n

Ahmad Dusuki berkata, perbuatan memberitahu dan menyebarkan keaiban berkeluarga di khalayak sosial adalah haram dalam beragama.

Menurut pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki, perbuatan memberitahu dan menyebarkan keaiban berkeluarga di khalayak sosial adalah haram dalam beragama.

“Dalam berkeluarga ada ketuanya. Suami mestilah memimpin keluarganya ke syurga. Manakala isteri mestilah taat kepada suami selagi tidak kepada perkara maksiat.

“Tindakan suami tidaklah sehingga membunuh isterinya, memadailah menasihat dan menegur secara berakhlak. Mukmin mestilah taat kepada ALLAH,” katanya.

Dia turut memberi nasihat buat suami isteri yang dilanda ujian kecurangan agar ia harus diselesaikan dengan baik, bukan melalui media sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram