Peminat minta masuk GV, suara merdu Camelia bergema di Istana Negara


  • Hiburan
  • Khamis, 30 Jun 2022

Camelia bersama Bob membuat persembahan di Istana Negara baru-baru ini.

MESKIPUN sudah tidak bergiat aktif dalam industri hiburan, penyanyi yang popular dengan lagu Rindu Padanya, nama Datin Seri Camelia sentiasa menjadi sebutan.

Bukan kerana penampilannya yang jelita pada usia 48 tahun, namun kelunakan suara beliau masih kekal seperti mula muncul sebagai penyanyi.

Camelia atau nama sebenarnya Dayang Nur Camelia Abang Khalid menjadi bualan peminat apabila sedutan rakaman beliau membuat latihan persembahan yang dipercayai diadakan di Istana Negara dimuat naik di TikTok.

camelia11

Tangkap layar pujian peminat terhadap kelunakan suara Camelia. — TikTok

Beliau dilihat menyanyi bersama pemenang tempat kelima Akademi Fantasia musim dua, Bob atau Yusrizan Usop.

Video tersebut langsung dibanjiri dengan pujian sekali gus mengubat kerinduan peminat yang ingin melihatnya membuat persembahan.

"Inilah penyanyi asal lagu Rindu Padanya, Datin Seri Camelia. Selepas 15 tahun, Datin Seri menyanyi lagi. Inilah antara 100 wanita tercantik di dunia. Kak Mimi sangat cantik," kata pemilik akuan TikTok zieyazareiffzafran.

Tidak kurang juga yang mengharapkan agar ibu kepada seorang cahaya mata itu menyertai rancangan hiburan popular, Gegar Vaganza (GV).

gv1

Antara peminat yang ingin beliau menyertai program Gegar Vaganza.— TikTok

"Tolong sertai GV!," kata Muhammad Irfanuddin.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan usahawan ternama, Datuk Seri Akhbar Khan dan dikurniakan seorang anak perempuan, Aisha Asmara Khan, 14, menerusi perkahwinan keduanya itu.

Terdahulu, selebriti yang popular sekitar era 1990-an itu pernah membuat kenyataan untuk meninggalkan dunia hiburan sepenuhnya demi memberi fokus kepada keluarga.

camelia

Tangkap layar sesi latihan persembahan di Istana Negara Camelia dengan Bob. — TikTok

Terkenal dengan jolokan ikon fesyen, Camelia telah menghasilkan empat album iaitu Camelia pada 1997, I,II,III (1998), Mimpi (2001), Mysticam (2007) dan sebuah album kompilasi Untukmu (2003).

Beliau juga pernah mengendalikan rancangan televisyen berkonsep rekaan hiasaran dalaman bertajuk, Casa Impian di saluran Astro. — Majoriti.

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram