Terima anugerah dekan 4 kali, Nourul Depp bangga anak bergelar graduan zoologi


  • Hiburan
  • Selasa, 28 Jun 2022

Nourul bersama anak sulungnya, Ayu Nazirah. — Instagram

PENYANYI Nourul Depp meluahkan rasa bangga dengan kejayaan anak sulung beliau, Ayu Nazirah yang kini sudah bergelar graduan jurusan Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Beliau kongsikan berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram dengan ucapan bermakna.

nurul2

Ayu kini bergelar seorang graduan UNIMAS. — Instagram

"Sangat berbangga apabila berpeluang melihat kamu menyarungkan jubah graduasi.

"Untuk gadis paling bertuah di dalam dunia, cinta pertama saya, kamu berhak mendapatkan yang terbaik dalam hidup selepas semua yang dilalui," katanya di Instagram.

Dua rakan artis beliau iaitu ratu rock, Ella dan ratu jazz, Atilia Haron turut mengucapkan tahniah.

nurul 3

Ella dan Atilia Haron antara rakan artis yang mengucapkan tahniah atas kejayaan Ayu. — Instagram

Rata-rata peminat Nourul juga tidak ketinggalan meraikan kejayaan Ayu Nazirah dengan ucapan tahniah.

"Tahniah Ayu," kata les_yeux_malaisienne.

"Tahniah kepada mama dan anak. Kalian berdua berhak," kata shazzyyusof.

Untuk rekod, Nourul pernah berkongsikan kejayaan anaknya itu yang merupakan penerima Anugerah Dekan UNIMAS sebanyak empat kali.

Ayu merupakan anak sulung daripada perkahwinan terdahulu Nourul dengan komposer, Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram