Lexis Hibiscus Port Dickson, syurga percutian bersama keluarga


  • Bizz
  • Isnin, 20 Jun 2022

ANDA tidak perlu mengambil masa perjalanan yang lama untuk bercuti Lexis Hibiscus Port Dickson.

BAGI mereka yang hampir setiap hari terpaksa menghadapi kesesakan jalan raya dan sibuk dengan tugasan harian, percutian merupakan cara terbaik untuk melepaskan diri tekanan yang dilalui, dan Lexis Hibiscus Port Dickson adalah jawapan yang tepat mencari kedamaian.

Dengan jarak pemanduan kurang dari sejam dari Kuala Lumpur, Lexis Hibiscus Port Dickson, Negeri Sembilan merupakan resort terkenal tepi laut yang menampilkan 639 vila kolam renang dengan gaya mewah dan reka bentuk menyerupai bunga hibiscus (bunga raya).

Setiap vila dilengkapi dengan kolam renang peribadi dan bilik stim sendiri yang mana menjanjikan pengalaman mewah dan intim untuk percutian impian anda bersama orang tersayang.

hotel2

pool

Setiap vila di Lexis Hibiscus Port Dickson dilengkapi dengan kolam renang peribadi.

Apabila bercuti di Lexis Hibiscus Port Dickson, di sepanjang 18 kilometer pantai di Port Dickson anda akan melihat pemandangan bunga raya yang megah mekar penuh di bawah langit biru dan pasti akan menimbulkan inspirasi serta rasa kagum dalam diri.

Berdasarkan reputasi ikoniknya, Lexis Hibiscus Port Dickson bercirikan kontemporari memegang dua rekod dunia iaitu 'The Most Swimming Pools In A Resort' iaitu sebanyak 643 buah vila lengkap kolam renang dan 'The Most Overwater Villas In A Single Resort' (522).

Dengan rekod cemerlang ini, resort terkemuka inia akan menjanjikan tetamu dengan kemewahan kolam renang peribadi serta bilik stim (wap) yang dibina di dalam balkoni peribadi di setiap vila.

"Jenama Lexis telah sinonim dengan kemewahan sederhana yang lahir dalam setiap aspek pengalaman tetamu di hotel-hotel dan resort kami. Pengalaman sebegitu penting untuk mewujudkan destinasi yang sempurna untuk penginapan pelancong," kata Presiden Lexis Hotel Group, Mandy Chew Siok Cheng.

Diiktiraf sebagai salah satu resort terbaik di Asia Tenggara, Lexis Hibiscus Port Dickson yang ikonik telah memenangi pengiktirafan antarabangsa dan tempatan termasuk kemenangan anugerah untuk 5 tahun berturut-turut untuk World Luxury Hotel Awards, Haute Grandeur Global Hotel Awards, Hospitality Asia Platinum Awards, World Travel Awards, The Stella Awards serta The BrandLaureate BestBrands Awards.

Lexis Hibiscus Port Dickson dibina dengan kesesuaian untuk pasangan 'raja dan ratu' dan sebab itu syurga mewah ini dilengkapi dengan dua katil king mewah, pintu kaca dari lantai ke siling yang menghala ke balkoni peribadi anda, dilengkapi dengan kolam renang peribadi dan bilik stim untuk kepuasan yang luar biasa.

Selain daripada itu, resort ini juga mempunyai pelbagai pilihan makanan yang lazat termasuk masakan Jepun di UMI Japanese Restaurant, santapan sarapan pagi dan koktel petang di Wave Dining, jamuan bufet tempatan dan antarabangsa di Roselle Coffee House, makanan ringan termasuk kek, aiskrim dan minuman kopi, teh dan jus serta koktel di lounge bergaya dan bar.

dining

Jamuan bufet tempatan dan antarabangsa di Roselle Coffee House antara pilihan makanan di Lexis Hibiscus Port Dickson.

Bukan setakat makan, tetamu juga boleh menikmati persembahan live music di Satellite Restaurant & Bar.

Dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan dan fasiliti terkini, Lexis Hibiscus Port Dickson juga sesuai untuk majlis perkahwinan, acara korporat dan mesyuarat.

Tempat seperti Sky Ballroom yang terletak di tingkat 13 menghadap ke laut, bersama dengan beberapa bilik junior ballroom dan bilik mesyuarat sering menjadi pilihan untuk tetamu melakukan sesuatu majlis.

Selain itu, ruang acara luar termasuk halaman yang terurus dan dijaga rapi dan bahagian hadapan pantai yang boleh memuatkan sehingga 1,200 tetamu.

ballroom

Grand Ballroom di Lexis Hibiscus Port Dickson.

Untuk pengetahuan, kerana sering dipilih sebagai tempat pilihan untuk meraikan beberapa detik paling berharga dalam hidup, resort itu telah diundi sebagai 'World's Leading Wedding Venue' di World Travel Awards di Muscat, Oman, 'Best Destinatioan Resort for Event and Marriage' di Brand Icon's International World Excellence Awards serta memenangi pingat emas di dalam empat kategori 'International and US Territories' di The Stella Awards yang menghargai kecemerlangan pihak hotel dalam industri mesyuarat.

Lebih menarik mengenai Lexis Hibiscus Port Dickson, para tetamu boleh berehat dan menikmati rawatan spa yang selesa di LexSpa atau jika ingin berhibur, resort ini menyediakan pusat karaoke untuk anda menikmati hiburan pada malam hari.

karoke

Pusat karaoke untuk anda menikmati hiburan pada malam hari.

Seterusnya, jika anda ingin pergi bersama keluarga, Lexis Hibiscus Port Dickson juga adalah penginapan percutian yang bersesuaian untuk anda kerana pelbagai aktiviti yang menarik untuk dilakukan pada semua peringkat umur.

Antara aktiviti yang tetamu boleh menikmati ialah aktiviti berbasikal, aktiviti pantai dan watersports termasuk jetski, banana boat, kayak dan lain-lain.

cruise

Dickson Dragin Cruise antara aktiviti luar yang boleh dilakukan di Lexis Hibiscus Port Dickson.

Manakala bagi kanak-kanak pula, mereka boleh meluangkan masa dalam persekitaran yang selamat di Kidz World dengan aktiviti-aktiviti yang direka untuk memperkenalkan mereka kepada pengalaman baharu termasuk sand art, face painting, batik painting, henna tattoo dan pelbagai lagi.

Keseimbangan harmoni alam semula jadi yang menenangkan jiwa dan ameniti yang berselesa di resort ini tidak pernah gagal menjamin pengalaman Lexis yang tidak dapat dilupakan.

Apa tunggu lagi? Jom menginap di Lexis Hibiscus Port Dickson untuk menikmati percutian yang sempurna. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.lexishibiscuspd.com/. Jika ada sebarang pertanyaan dan untuk tempahan, sila emel [email protected] atau hubungi +603 2083 0933. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram