Raja Ilya pilih bersalin dalam air, enggan cucuk epidural


  • Hiburan
  • Selasa, 17 Mei 2022

Raja Ilya bakal bersalin pada Julai depan di Perth, Australia.

BAKAL bersalin pada Julai depan, pelakon, Raja Ilya mengesahkan yang dia akan bersalin menerusi kaedah melahirkan dalam air di Perth, Australia.

Menurut Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, proses tersebut memerlukan dia ditemuduga terlebih dahulu.

"Di Australia mempunyai pelbagai pilihan untuk bersalin dan kami sudah memilih untuk melahirkan bayi di dalam air menggunakan khidmat bidan saja tanpa doktor atau pergi hospital.

"Insya-Allah kalau tak ada sebarang komplikasi sewaktu nak melahirkan boleh teruskan kaedah ini," katanya.

Dalam pada itu, Raja Ilya berkata, ramai sebenarnya yang tidak tahu mengenai kaedah water birth.

WhatsApp Image 2022-05-17 at 6.12.47 PM

KELAHIRAN kali ini adalah yang pertama buat Raja Ilya.

"Disebabkan kita ini dah dimanjakan sangat dengan teknologi, sebab itu kta tak tahu wujudnya bukan sahaja water birth, tetapi juga home birth. Zaman dulu mana ada hospital sebelah rumah, epidural la. Di pedalaman semua mana ada fasiliti semua itu.

"Tapi penghujungnya terpulang pada diri masing-masing. Tiada orang yang paksa. Bagi saya, selagi kita mampu dan boleh buat secara semula jadi, kita buat.

"Epidural tu pun sejenis drugs juga dan kalau salah cucuk boleh lumpuh seumur hidup. It’s not that straight Forward," katanya.

Bercerita mengenai proses berpantang pula, Raja Ilya berkata, seorang rakyat Malaysia yang dikenalinya di sana akan membantunya nanti.

"Proses berpantang nanti, Alhamdulillah saya sempat kenal ramai orang Malaysia di sini. Jadi ada seorang kakak ini akan bantu saya buat semua yang patut nanti," katanya.

Raja Ilya dan suami, Trent Garrett berkahwin pada 23 Disember 2018. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram