'Puas hati tengok Myvi kena himpit'


  • Tular
  • Selasa, 17 Mei 2022

Tangkap layar sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi dihimpit oleh sebuah lori akibat menggunakan lorong kecemasan

SEBUAH kereta Perodua Myvi nyaris terlibat dalam satu kemalangan apabila dilihat ingin memotong kenderaan lain dengan menggunakan laluan kecemasan dipercayai di sebuah lebuh raya pada Isnin.

Menerusi perkongsian video oleh Azrai Zulkefeli di laman sosial Facebook miliknya, kelihatan sebuah Perodua Myvi berwarna merah dihalang laluannya sehingga mengakibatkan pelanggaran berlaku apabila dihimpit oleh sebuah treler.

Berdasarkan video berdurasi 35 saat itu, pemandu Myvi tersebut memandu secara melulu dan memotong beberapa buah kereta yang bergerak mengikut kelajuan sederhana.

Ketika kejadian, kereta Perodua Myvi tersebut memotong kenderaan lain dengan menggunakan lorong kecemasan sebelum dihalang oleh pemandu lori treler sehingga mengakibatkan pelanggaran kecil berlaku.

Tangkap layar video tular memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu secara berbahaya dan dihimpit oleh lori treler

Susulan perkongsian itu, video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang mengecam tindakan berbahaya pemandu Myvi tersebut.

"Puas hati, masing-masing nak ikut lorong tepi itulah makan dia," kata Nazrasmi.

"Abang naik Myvi nak himpit lori yang belakang itu besi, kalau tak himpit lori itu mesti tak terkulai cermin kereta dia," jelas Amr99gadget.

"Itu yang saya tunggu selama ini, sekarang saya nampak ada juga lori buat macam itu, terima kasih abang lori puas hati saya tengok Myvi kena himpit," ujar Gefor Munadi.

Tindakan pemanduan berbahaya yang ditunjukkan oleh pemandu Myvi ini adalah salah satu punca kes kemalangan di Malaysia meningkat sejak-sejak akhir ini. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

King, Perodua, Myvi, Merah, Himpit, Lori, Kemalangan