Selepas berdepan dugaan pandemik, Asmidar lega bisnes murtabak keluarga kembali dibuka Ramadan ini


  • Hiburan
  • Ahad, 10 Apr 2022

Asmidar kini juga bergelar seorang pensyarah di Aswara.

KETIBAAN Ramadan kali ini dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dilonggarkan memberi sedikit kelegaan khususnya kepada peniaga bazar.

Perkara sama juga diluahkan penyanyi, Asmidar atau nama sebenarnya, Norhasmidar Ahmad yang menganggap bulan Ramadan kali ini gerai milik bapanya dibuka seperti biasa.

"Sebab gerai itu pun dah lebih 30 tahun beroperasi dan memang dah cukup dikenali di sekitar Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Sebut sahaja Martabak Mat Labu, mesti ramai yang tahu.

"Setiap tahun dapat sambutan yang baik cuma tahun lepas ketika pandemik ada susah sikit. Ada sekali tu memang ribut melanda dan gerai kami runtuh.

"Selepas itu pandemik Covid-19 dan kami tidak dapat buka jadi bila ada peluang ini, memang kami akan berniaga semula," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2022-04-09 at 9.21.36 PM

Gerai martabak Mat Labu yang terletak di bazar Wangsa Maju dan diusahakan sendiri oleh keluarga Asmidar.

Menurut Asmidar, dia juga akan berada di gerai tersebut jika jadual kerjanya mengizinkan.

Dalam pada itu, Asmidar berkata, selain menyanyi, dia kini sudah hampir dua tahun bergelar seorang pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Jelasnya, kerjaya itu adalah sebahagian daripada impiannya dan dia tidak menjangka yang hajatnya itu akhirnya menjadi kenyataan.

"Saya mengajar pelajar untuk teater tradisional dan sebenarnya ramai generasi muda yang tidak kenal dengan teater jenis itu," katanya.

Ujar Asmidar, meskipun bergelar pensyarah, dia masih lagi meneruskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram