Yazmin Aziz akui masih 'slow' berbahasa Melayu


  • Hiburan
  • Sabtu, 09 Apr 2022

Yazmin Aziz juga merancang untuk mengikut kelas bahasa Melayu.

SERING menyanyikan lagu berbahasa Inggeris, Yazmin Aziz mengakui dia masih memerlukan masa untuk memahirkan penguasaannya dalam bahasa Melayu.

Menurut Yazmin, sewaktu dia menyertai pertandingan realiti Big Stage baru-baru ini juga para juri turut meninggalkan komen berkaitan dengan pengguasaan bahasanya.

"Saya sebenarnya dah terbiasa menyanyikan lagu bahasa Inggeris dan bila menyanyikan lagu Melayu, memang agak sukar untuk menjiwai lagu tersebut.

"Sebab itu bila saya masuk pertandingan, sedikit sebanyak saya dapat menajamkan lagi penguasaan bahasa Melayu saya," katanya kepada Majoriti.

1526169

Yazmin Aziz ketika beraksi dalam satu pertandingan realiti yang menyaksikannya berada di kedudukan ke empat.

Menurut Yazmin yang juga berdarah kacukan Malaysi dan Filipina, buat masa ini dia sedang merancang untuk menyanyikan lebih banyak lagi lagu Melayu.

Jelasnya, dia mahu membiasakan dirinya supaya dengan sebutan supaya tidak nampak terlalu kekok ketika menyanyi.

"Selain itu saya juga sedang merancang untuk masuk kelas bahasa Melayu bagi meluaskan lagi penguasaan ayat dan perkataan.

"Saya juga buat masa ini kerap menggunakan media sosial untuk berhubung dengan peminat dan daripada situ juga saya dapat belajar," katanya.

Sebarang kesilapan yang dilakukan ketika di media sosial bersama peminat akan segera diperbetulkan dan itu dianggap Yazmin sebagai sebahagian daripada pembelajaran.

Dalam pada itu, Yazmin berkata dia juga sedang merancang untuk tampil dengan single terbaharu tidak lama lagi namun mengakui masih terlalu awal untuknya mendedahkan projek itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram