“ISLAM tidak berdoa seperti ini.” Demikian antara komen yang membanjiri Instagram penyanyi dan pelakon, Liyana Jasmay baru-baru ini.
Komen yang ditulis oleh qakdeq itu turut menulis bahawa Islam juga tidak mengajar memohon hajat sebelum meniup lilin.
““Islam tidak berdoa seperti ini. Tidak ada ‘make a wish’ (memohon hajat) sebelum meniup lilin. Itu sahaja komen saya,” tulisnya.
Liyana berkongsi sebuah video yang memaparkan dia sedang menggenggam tangan sambil menutup mata sebelum meniup lilin pada kek bertingkat sempena sambutan hari jadinya yang ke-34.
HANTARAN Liyana di laman Instagramnya.
Dalam perkongsian itu, Liyana turut menulis status: “Terima kasih di atas ucapan dan doa semua.”
Selain qakdeq, seorang lagi pemilik akaun, _itsjc_ky juga menulis bahawa perbuatan memohon hajat dan memasang lilin juga haram di sisi agama.
“Sebenarnya haram buat macam tu, lilin itu pun tidak elok sebenarnya.
“Ia kerana perbuatan itu menyerupai kaum Majusi (kaum penyembah api),” katanya.
Mohamad_shahrill_khan pula meninggalkan komen berunsur nasihat supaya Liayana kembali ke pangkal jalan.
“Bukan macam itu cara orang Islam berdoa, kembalilah ke pangkal jalan,” ujarnya.
TANGKAP layar komen warganet berhubung video Liyana.
Dalam hantaran tersebut, Liyana dilihat tidak memberikan sebarang respons terhadap komen-komen netizen yang menegurnya.
Majoriti juga cuba menghubungi Liyana dan masih menunggu respons daripada pelantun lagu Cinta Bersatu itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram