Awas! Minum ubat batuk beri kesan kepada otak, ikuti petua ini sebagai alternatif lain


  • Sihat
  • Jumaat, 11 Mac 2022

TANGKAP layar cara rawat batuk menggunakan dua bahan iaitu bawang Bombay dan madu. — Facebook Dr Rizal Abu Bakar

ZAMAN Covid-19 ini, semakin hari semakin ramai yang mengalami batuk dan selalunya batuk yang biasa boleh sembuh tanpa rawatan kerana hanya perlukan rehat serta nutrisi yang cukup.

Memetik dari laman DoktorOnCall, batuk terjadi apabila paru-paru atau saluran pernafasan ingin mengeluarkan bahan asing atau sesuatu yang telah mengganggu ruang pernafasan.

Apabila batuk yang dialami tidak sembuh dari hari ke hari, pasti dalam kalangan kita akan mengambil insiatif untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan atau segelintirnya akan minum ubat batuk bagi mengurangkan batuk.

Namun, tidak dapat dinafikan kadang-kadang tabiat mengambil ubat batuk tidak berkesan untuk sesetengah orang dan menurut pakar otak dan kesihatan, Dr Rizal Abu Bakar, terdapat kesan yang tidak bagus apabila minum ubat batuk.

"Pernah tengok tidak kesan ambil ubat batuk pada otak? Dulu masa saya kerja di Australia. Saya pernah lihat. Saya jadi takut lepas tengok.

"Semenjak hari tu. Saya dah tak ambil dah ubat batuk. Lagi-lagi nak bagi kat anak-anak. Jauhkan diri daripadanya.

"Bila batuk menjelma. Saya guna alternatif lain. Cari yang kesannya tak macam ubat batuk. Kesan yang berbeza terus. Kesan yang tak menjahanamkan otak," katanya.

Menerusi hantaran di Facebook, Dr Rizal berkongsi cara rawat batuk menggunakan dua bahan dan ia merupakan petua yang digunakan sehingga kini sekiranya mengalami batuk.

Caranya ialah:

1) Potong satu biji bawang Bombay atau Holland kepada 2 bahagian. Guna satu bahagian sahaja.

2) Leraikan lapisan bawang tersebut.

3) Campurkan satu atau dua sudu makan madu mengikut yang anda inginkan.

4) Gaulkan biar rata.

5) Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.

6) Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu.

7. Ambil satu sudu dan minum.

Dr Rizal berkata, petua itu mempunyai rasa seperti ubat batuk dan tujuannya keluarkan kahak dengan mudah.

"Orang putih panggil cough syrup. Melalui pembacaan saya dapati juga petua ni mereka pakai lama dah. 'Homemade remedy' untuk batuk," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram