DIANGGARKAN seberat 86.66 tan pelitup muka telah dibuang oleh rakyat Malaysia setiap hari pada 2020, kata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, pelitup muka bukan perubatan, kit ujian kendiri Covid-19 dan alat pelindung diri (PPE) yang digunakan oleh orang ramai dikategorikan sebagai sisa domestik dan bukan sisa klinikal.