DUA tahun tidak berjumpa dengan anak-anak ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelakon dan pelawan, Vicha mengakui yang dia sedang bekerja keras untuk membawa anak-anaknya tinggal bersamanya di negara ini.
Menurut Vicha, anak-anak sering bertanya dengannya bila mereka boleh tinggal bersama di Malaysia.
"Memang anak-anak ada tanya saya. Tetapi mereka pun faham yang urusan untuk bawa tinggal di sini bukan senang.
"Ada jalan yang tertentu dan perkara itu memakan masa dan jumlah kewangan yang tinggi," katanya yang memiliki tiga orang anak berusia 13, 12 dan 9 tahun.
Ditanya tahap kerinduan terhadap anak-anaknya selepas lebih dua tahun tidak berjumpa, Vicha mengakui dirinya sering dibelenggu rasa sedih.
Malah katanya, orang luar hanya melihat dirinya ceria di depan kamera kerana dia seorang pelakon dan pelawak sedangkan di sebalik itu, dirinya sentiasa terkenang anak-anak.
"Bukan sahaja anak-anak, baru-baru ini adik saya bernikah pun saya tidak dapat nak pergi. Memang sedih sebab berjauhan dengan keluarga.
"Malah, masa PKP pun saya alami rasa anxiety, rasa takut dengan Covid-19," katanya.
Namun menurutnya, dia bersyukur kerana sekarang dia sudah berkeluarga dan banyak berkongsi dengan rasa dengan suami.
Tambahnya, kemudahan teknologi juga memudahkan dia untuk berhubung dengan anak-anaknya menerusi panggilan video untuk mengubat kerinduan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram