Tiada lagi had operasi niaga mulai 1 April


  • Primer
  • Selasa, 08 Mac 2022

BEBERAPA remaja sedang bermain permainan video di sebuah restoran mamak dekat Rawang, Selangor. —SHAARI CHEMAT/The Star

HAD waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan bermula 1 April, 2022, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, pemilik premis dibolehkan untuk melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis.

"Ini bermakna anda semua bolehlah makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam, terutamanya dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Bolehlah bersahur di luar," katanya pada sidang media khas mengenai fasa 'Peralihan ke Endemik', di ibu negara pada Selasa.

Ismail Sabri berkata, fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ ini merupakan ‘exit strategy’ (strategi keluar daripada pandemik) untuk membolehkan rakyat Malaysia kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang dengan Covid-19.

Namun, Perdana Menteri berkata, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan.

Pada masa sama, penjarakan fizikal juga dimansuhkan di masjid dan tempat ibadat lain. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram