Dituduh tak vaksin tapi main boling, Suhaimi Saad pilih untuk berdiam


  • Hiburan
  • Selasa, 01 Mac 2022

SUHAIMI Saad sebelum ini terkenal dengan kelantangannya menentang pengambil vaksin Covid-19.

SEKIAN lama menyepi daripada media sosial, baru-baru ini nama Suhaimi Saad dan isterinya, Ina Naim kembali tular di media sosial gara-gara rakaman yang menunjukkan Ina bermain boling dipercayai di sebuah pusat beli-belah.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok milik isteri Suhaimi itu, Ina dilihat bermain boling dengan memakai baju kurung dan tidak memakai pelitup muka dengan sempurna.

Video itu yang kini mencatatkan 1.7 juta tontonan menimbulkan persoalan kepada netizen kerana Suhaimi sebelum ini lantang berbicara mengenai isu vaksin sehingga menggelar individu yang sudah divaksin sebagai 'lembu'.

Bukan itu sahaja, Instagram Suhaimi juga sebelum ini pernah disekat gara-gara menentang pengambilan vaksin.

Berikutan ketegasan Suhaimi menentang vaksin membuatkan ramai yang beranggapan bahawa penyanyi itu dan keluarganya tidak mengambil vaksin sekali gus timbul persoalan bagaimana Ina boleh bermain boling.

WhatsApp Image 2022-03-01 at 1.28.35 PM (2)

WhatsApp Image 2022-03-01 at 1.28.35 PM (1)

WhatsApp Image 2022-03-01 at 1.28.35 PM (3)

WhatsApp Image 2022-03-01 at 1.28.35 PM

ANTARA komen yang ditinggalkan netizen yang mempersoalkan tindakan Ina bermain boling jika benar dirinya belum divaksin. — TikTok

Pengguna TikTok menggunakan nama CEO of MegahHolding menyifatkan tindakan Ina yang bermain boling adalah atas kesalahan pusat beli-belah itu sendiri.

"Sudahlah tak vaksin, lepas itu buka pelitup muka macam Covid-19 dah tiada," kata Runningcamel.

"Macam mana boleh lepas masuk mall atau tempat riadah kalau tak vaksin? Pelik," kata Neena Aleesya355.

Sementara itu, zack9469 pula berkata, mungkin Ina dan keluarganya sudah mengambil vaksin secara senyap.

Majoriti menghubungi Suhaimi untuk mendapatkan maklum balas berkenaan dengan video tersebut yang kini tular di media sosial.

"Saya tak berminat," kata Suhaimi yang juga bekas penyanyi nasyid kumpulan In-Team.

Ditanya sama ada dirinya sudah lengkap divaksinasi, Suhaimi memilih untuk berdiam diri dan tidak memberi sebarang respons.

Untuk rekod, selain menolak vaksin, Suhaimi dan keluarganya juga tidak mengambil ubat-ubatan.

Malah, penyanyi yang percaya kepada teori bumi berbentuk rata itu juga tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah dan memilih untuk mendidik mereka di rumah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram