KETUA jurulatih bola sepak kebangsaan, Kim Pan-gon dilihat serius untuk mengenali lebih mendalam tentang bola sepak Malaysia.
Sebaik memulakan tugas sejak 17 Februari lalu, Pan-gon mengadakan lawatan ke Stadium Sultan Ibrahim milik Johor Darul Ta'zim (JDT) dan pusat latihan Selangor FC.
Lawatannya itu bertujuan untuk meninjau fasiliti disediakan oleh setiap pasukan Liga Malaysia (Liga-M) dan berkongsi perihal bola sepak tempatan bersama pihak pengurusan kelab.
Menjengah ke ruangan komen di media sosial, para peminat mahu Pan-gon mengadakan lawatan ke Terengganu FC (TFC) selepas ini.
"Selepas JDT, kena akui hanya Terengganu dan Selangor sahaja yang berusaha ke arah fasiliti yang sempurna.
"Team lain banyak labur duit untuk import mahal sahaja," ujar seorang pengguna Facebook, Zulhilmi Rosmi.
Ada juga warganet yang memuji usaha Pan-gon melawat fasitili setiap pasukan.
"Bagus bersama kejurulatihan Malaysia datang melawat untuk menyaksikan fasiliti latihan, sebelum ini datang ke JDT, lepas itu datang ke Selangor, selepas itu mungkin datang ke Terengganu pula untuk menyaksikan pelbagai gaya bola sepak di peringkat kelab," kata seorang lagi pengguna Facebook, M Firdaus Mokhtar.
Dalam pada itu, bagi pengguna Facebook, Aniq Alyaa pula, para peminat bola sepak tempatan tidak perlu berbalah antara satu sama lain dek kerana sebulat bola.
"Bersatu hatilah demi Malaysia, wahai majoriti bangsaku tak kira JDT, Selangor, Kedah dan yang lainnya.
"Meloncaklah lebih maju ke arah lebih baik. Kerana tidak sanggup ku melihat Harimau Malaya dirobek oleh Sang Garuda (Indonesia) yang kini semakin memberani membaham.
"Ayuh Malaysiaku, ayuh!!!!! Bangkit!!!!" katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram