FIFA, UEFA gantung Rusia


  • Podium
  • Selasa, 01 Mac 2022

KOMUNITI bola sepak kini bersolidariti penuh dengan semua pihak yang terjejas berikutan pergolakan di Ukraine. — Agensi

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) menggantung pasukan kebangsaan dan kelab Rusia daripada semua pertandingan berikutan pencerobohan negara itu ke atas Ukraine.

FIFA dan UEFA dalam satu kenyataan berkata, komuniti bola sepak kini bersolidariti penuh dengan semua pihak yang terjejas berikutan pergolakan di Ukraine pada ketika ini.

"Kedua-dua Presiden FIFA dan UEFA berharap situasi di Ukraine akan segera bertambah baik supaya bola sepak boleh menjadi vektor untuk perpaduan dan keamanan seluruh dunia," kata kenyataan itu.

Terdahulu beberapa persekutuan sukan juga mengambil tindakan membatalkan penganjuran kejuaraan di negara yang tadbir Presiden Vladimir Putin, yang turut digantung daripada jawatan Presiden Kehormat Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF) oleh badan induk tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram