'Saya memang tak pandai berlakon'


  • Hiburan
  • Jumaat, 25 Feb 2022

AMIR dan Dayang Nurfaizah berduet dalam lagu baharu mereka berjudul Debu.

RAMAI yang sebenarnya mengenali Amir Masdi sebagai penyanyi sahaja sedangkan bekas bintang realiti ini pernah membintangi sebuah drama sebelum ini.

Menariknya, walaupun itu adalah kemunculan sulung Amir, respons yang diterima sangat positif dari penonton.

Namun, selepas drama itu, tiada lagi kelibat Amir sebagai seorang pelakon dan dia juga mengakui kemunculannya ketika itu hanyalah sekadar satu percubaan.

"Sebenarnya, bila ditawarkan untuk berlakon ketika itu, saya hanya terima sebab nak mencuba sesuatu yang baharu.

"Tetapi tak sangka pula yang aksi saya itu mendapat pujian ramai," katanya.

Amir berkata demikian dalam sidang media secara maya pelancaran lagu Debu yang dinyanyikan duet bersama Dayang Nurfaizah baru-baru ini.

Menurut Amir, walaupun lakonannya itu mendapat respons positif, dia tetap mengakui masih banyak yang perlu dipelajari dalam dunia lakonan.

"Jika ditawarkan untuk berlakon selepas ini memang saya sedia. Masih banyak yang perlu saya pelajari dan cuba untuk bergelar pelakon," katanya.

Dalam pada itu, berduet dengan Dayang Nurfaizah diakui adalah sesuatu yang sangat dinantikan selama ini.

Malah, kata Amir, dia tidak menunggu lama dan terus menyatakan persetujuan ketika ditawarkan untuk berduet.

"Dayang adalah satu nama besar dalam industri seni dan dia juga seorang yang sangat merendah diri walaupun saya masih baru dalam industri seni," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram