15 gerai makan di Klang terbakar


  • 112
  • Khamis, 24 Feb 2022

OPERASI memadamkan kebakaran mengambil masa kira-kira dua jam. — Ihsan Bomba

SEBANYAK 15 gerai makan milik Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Jalan Besar Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selangor mengalami kebakaran pada Khamis.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis, deretan gerai itu terbakar kira-kira 80 peratus namun kejadian berkenaan tidak menyebabkan kemalangan jiwa.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.14 pagi dan 15 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang serta BBP Seri Andalas tiba di lokasi kira-kira lapan minit kemudian bagi operasi pemadaman.

"Anggota bomba dapat mengawal kebakaran dalam tempoh 15 minit dan kebakaran kemudian dapat dipadam sepenuhnya pada pukul 5.18 pagi,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Ujarnya lagi, punca kebakaran sedang disiasat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram