MENGANGGAP keganasan rumah tangga itu sebagai satu aib suami yang harus disimpan oleh isteri.
Ternyata penjelasan pendakwah, Oki Sentiana Dewi yang juga pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih mendapat kritikan daripada netizen sehingga menjadi tular di Indonesia.
Kenyataan Oki itu tular selepas satu rakaman sesi ceramahnya di muat naik di aplikasi TikTok berkenaan dengan isu keganasan rumah tangga.
Menerusi ceramah itu, Oki bercerita mengenai kisah di zaman nabi berkenaan dengan seorang isteri yang dipukul oleh suaminya.
Menerusi ceramah itu, Oki menganggap bahawa seorang isteri tidak sepatutnya membuka aib seorang suami.
dihhhhhhhhhhhhh pic.twitter.com/SuyEgQI0ev
— apa (@bijikambingg) February 2, 2022
Ternyata perkara itu dianggap sebagai sesuatu yang keterlaluan oleh warga Indonesia dan mendapat kecaman netizen di sana.
Malah, turut ditularkan poster berkenaan keganasan rumah tangga dan apa tindakan yang boleh dilakukan jika berdepan situasi berkenaan.
Sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Oki berkenaan dengan videonya yang tular itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram