Tibi punca tahanan mati di Kuantan


  • 112
  • Khamis, 03 Feb 2022

OKT itu sempat dibawa menjalani rawatan sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.

KEMATIAN seorang tahanan lelaki di Hospital Kuantan, Pahang pada Rabu berpunca daripada penyakit Tuberkulosis (Tibi).

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, ia berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan oleh bahagian forensik hospital berkenaan pada Rabu.

"Pada 25 Januari lepas, Orang Kena Tahan (OKT) lelaki berusia 38 tahun itu dihantar ke Lokap Berpusat Indera Mahkota Kuantan, Pahang untuk hadir ke perbicaraan pada Khamis mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Pada 28 Januari lepas OKT berkenaan yang mengadu sakit dada dibawa ke Hospital Kuantan untuk menerima rawatan dan pada semalam (2 Februari) pihak hospital memaklumkan OKT meninggal dunia dengan sebab kematian adalah akibat Tibi,” katanya dalam satu kenyataan.

Azri berkata, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan jabatan itu akan menyiasat kes kematian mengejut OKT berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

OKT, tahanan, meninggal dunia, tibi, Azri Ahmad