Pucuk pimpinan penentu nasib Muafakat Nasional


  • Politik
  • Khamis, 03 Feb 2022

ANNUAR Musa menyerahkan keputusan kerjasama antara Umno dan PAS kepada pucuk pimpinan tertinggi parti. — Bernama

KEPUTUSAN hubungan kerjasama antara Umno dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) perlu diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi kedua-dua parti berkenaan.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, isu besar seperti itu perlu diserahkan kepada pemimpin parti kerana MN itu diputuskan Muktamar PAS dan Perhimpunan Agung Umno.

"Selagi Muktamar PAS dan Perhimpunan Agung Umno tidak membuat apa-apa, pada saya MN masih wujud, masih kekal," katanya.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sejauh mana hubungan kerjasama MN antara PAS dan Umno apabila terdapat beberapa pimpinan daripada kedua-dua parti terbabit sering berbalas kenyataan mengenai isu berkenaan.

Annuar yang juga Ketua Bahagian Umno Ketereh berkata, mana-mana individu yang tidak terlibat dalam pembentukan MN dinasihatkan supaya tidak memberi kenyataan atau gambaran yang kurang baik terhadap kerjasama ini.

Sebelum ini, media melaporkan Umno Kelantan dan Terengganu telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan PAS negeri menerusi MN. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Annuar, MN, PAS, UMNO, keputusan, pimpinan tertinggi