Bahasa isyarat berbeza mengikut negara


  • Relaks
  • Khamis, 03 Feb 2022

BAHASA isyarat universal yang digunakan di peringkat antarabangsa ialah IS. — Azhar Mahfof/The Star

BAHASA isyarat diajar di seluruh dunia dan digunakan untuk komunikasi.

Setiap negara umumnya mempunyai bahasa isyarat ibunda yang tersendiri.

Malah, ada negara yang mempunyai lebih daripada satu bahasa isyarat.

Bahasa isyarat universal yang digunakan dan difahami di peringkat antarabangsa ialah International Sign (IS).

IS sebenarnya adalah bahasa pijin iaitu gabungan bahasa yang dipermudahkan dari segi tatabahasa untuk memudahkan pembelajaran.

Bahasa ini kebiasaannya digunakan semasa acara antarabangsa seperti dalam mesyuarat Persekutuan Orang Pekak Sedunia (WFD) atau Deaflympics.

Keperluan untuk bahasa yang saling difahami telah dibincangkan semasa Kongres Pekak Sedunia pada 1951 apabila WFD dibentuk.

WFD kemudiannya menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk membangunkan bahasa itu.

Perbendaharaan kata yang standard bagi bahasa isyarat antarabangsa diterbitkan pada 1973.

Pada asalnya ia dikenali sebagai Gestuno, namun kini ia lebih dikenali sebagai IS. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram