Hentian Sebelah Taiping didakwa tidak mesra OKU


  • Tular
  • Sabtu, 22 Jan 2022

BEBERAPA kon diletakkan di laluan masuk OKU ke hentian rehat itu, selain terdapat garisan penghadang yang dipasang antara tiang.

SEORANG pengguna lebuh raya meluahkan rasa tidak puas hati berikutan penutupan laluan orang kelainan upaya (OKU) di Hentian Sebelah Taiping menuju ke Selatan.

Pengguna Twitter, @AbdMydin memuatnaik satu gambar yang menunjukkan beberapa kon diletakkan di laluan masuk OKU ke hentian rehat itu, selain terdapat garisan penghadang yang dipasang antara tiang.

"Tolong la pihak berkuasa... Fikir sebelum anda letakkan penghadang di kawasan yang sepatutnya bebas halangan. Sila fikir," ciapnya pada Jumaat.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada jam 2.56 petang pada Rabu.

Screenshot 2022-01-22 at 4.37.51 PM

Ciapan @AbdMydin pada Jumaat.

Menurut maklum balas kepada ciapan tersebut, Plus memberi jaminan akan memanjangkan isu tersebut kepada pihak terlibat untuk semakan dan tindakan segera.

Di bawah ciapan tersebut, orang ramai mendakwa bahawa perkara itu bukan sahaja berlaku di hentian itu sahaja, tetapi di beberapa hentian lain.

Ramai yang berharap supaya pihak Plus mengambil serius isu ini supaya tidak menyusahkan golongan OKU. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

oku, laluan, hentian sebelah, plus