YONNYBOII mahu menyanyikan lagu baharu itu di majlis resepsinya.
PENYANYI hip hop yang popular dengan gaya nyanyian tersendiri, Yonnyboii tampil dengan lagu baharu khusus ditujukan buat isterinya, Nina.
Malah, lagu berjudul NIKI itu juga dicipta beberapa hari sebelum dia dan isterinya bertunang.
"Lagu ini sebenarnya tentang cinta saya kepada isteri saya Nina. Saya tulis lagu ini beberapa hari sebelum kami bertunang, sambil membayangkan betapa indahnya hari perkahwinan kami nanti sewaktu duduk di atas pelamin.
"Saat saya menulis lagu ini, saya seperti tidak percaya yang kami bakal bertunang dan hari perkahwinan kami semakin dekat. Saya telah pun merancang supaya lagu itu dimainkan di majlis resepsi. Dan kini saya ingin kongsikannya dengan seluruh dunia," katanya kepada Majoriti.
Dicipta dan ditulis oleh Yonnyboii, lagu romantik itu disusun oleh SeaTravel dan diterbitkan oleh SLACK.
Yonnyboii yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya berkata, lagu baharunya itu juga berkisar kepada kisah cinta peribadinya.
Bercerita mengenai konsep video klip pula, Yonnyboii berkata, ada elemen istimewa ditampilkan dan tetamu istimewa juga turut dibawa dalam video itu.
"Pengambaran video muzik ini memakan waktu yang lama. Kami terpaksa menunggu dari pukul 11 pagi dan penggambaran hanya bermula kira-kira pukul 5 petang," katanya yang turut berterima kasih kepada pengarah video, Thaqif Saadon.
NIKI bakal dilancarkan secara digital di semua platform bermula 21 Januari 2022 manakala video muzik rasmi boleh ditonton pada 28 Januari 2022 pada pukul 9 malam di saluran YouTube Yonnyboii VEVO. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram