RESTORAN terbaik bukan sahaja menyediakan makanan yang enak dan mengambil kira dari sudut kebersihan, malah layanan serta mutu perkhidmatan kakitangan juga penting bagi memastikan premis mendapat respons positif daripada pelanggan.
Namun, restoran yang bertapak lama dan terkenal di seluruh dunia tiada ertinya jika kakitangannya seolah-olah bekerja sambil lewa dan cuai.
Perkara itu terjadi kepada Amalina Yahya yang mendakwa tidak berpuas hati atas perkhidmatan restoran KFC, dekat Bangi, Selangor, apabila pesanan makanan untuk tengah hari dan bekalan anaknya ke sekolah tidak diterima.
Dalam kejadian pada Khamis itu, Amalina berkata, pesanan itu dilakukan seawal jam 8 pagi disebabkan kesibukannya pada hari tersebut.
"Saya isi order online (tempahan atas talian) dan minta delivery (penghantaran) jam 11 pagi. Jam 11.45 pagi saya terima call (panggilan) dari KFC Bangi Utama cakap tak dapat hantar.
"Teruk sangat servis. Anak saya nak pergi sekolah dah jam 12 tengah hari ni," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
TANGKAP layar aduan seorang wanita selepas tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan sebuah restoran terkenal. — Majoriti
Lebih teruk, katanya, wangnya juga masih belum dikembalikan.
"Mungkinlah dalam 24 jam kot. Saya pun dah buat official complain dekat web KFC," katanya.
Menjengah ke ruangan komen, Majoriti mendapati, rata-rata netizen mengadu perkara sama, yang mana perkhidmatan di restoran terbabit tidak memuaskan.
Mira Salim menulis: "Nak cakap la KFC Kipmall tu servis memang tak okay. Kalau boleh elak tak payahlah berurusan dekat situ. Lebih baik cari KFC lain."
Dila Sekarnor berkata: Pernah kena juga. Alasan dia rider (penghantar makanan) tiada. Jadi, dia auto cancel (batal) dan tak beritahu kita. Jenuh dok tunggu."
Faruq Podolski berkata: "Memang situ bermasalah. Rider ambil order situ pun berapa kali missing item. Salah item pun ada. Tapi pelik ramai juga beratur situ."
Majoriti sedang menunggu maklum balas daripada pihak restoran terbabit berhubung aduan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram