Tiket konsert 'laku keras', Khai Bahar akui gementar


  • Hiburan
  • Isnin, 17 Jan 2022

KHAI Bahar terkejut tiket konsertnya, Nafas Cinta mendapat sambutan yang hangat daripada peminat.

HANYA beberapa jam diumumkan, konsert oleh Khai Bahar yang berjudul 'Nafas Cinta' dilaporkan 'laku keras' apabila 300 tiket konsert yang disediakan habis dijual.

Malah, penyanyi, Khai Bahar sendiri tidak menjangka dan terkejut dengan apa yang berlaku dan mengakui perasaan gementar sudah mula bermain dalam dirinya.

"Memang ada rasa gementar dalam diri apatah lagi tiket konsert ini habis dibeli oleh peminat.

"Tetapi perasaan itu juga membuatkan saya tidak sabar untuk menghiburkan mereka.

"Apatah lagi saya mahu menjadikan malam konsert itu nanti sebagai satu lagi kenangan terindah dalam kerjaya dan juga buat seluruh peminat yang menonton secara fizikal atau virtual," katanya kepada Majoriti.

Selain konsert secara fizikal, 'Nafas Cinta' juga akan disiarkan secara virtual yang dibawakan secara langsung oleh CloudTheatre dan disiarkan menerusi gajet masing-masing.

Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar bakal diadakan pada 12 Februari 2021 di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ PAC), 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama pada pukul 9 malam.

Menariknya, konsert ini bakal menampilkan dua penyanyi jemputan wanita iaitu Aina Abdul dan Adira Suhaimi.

Tiket tontonan konsert secara virtual boleh dibeli dengan harga RM19.90 (13 hingga 27 Januari) dan RM29.90 (28 Januari hingga – 12 Februari). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

hiburan, khai bahar, penyanyi, konsert, laku