Merinding, Makmum 2 bikin penonton 'histeria' di pawagam


  • Hiburan
  • Ahad, 16 Jan 2022

FILEM Makmum 2 juga menampilkan hantu yang sangat menakutkan dan boleh membuatkan penonton terbayang.— Agensi

PRODUK perfileman Indonesia khususnya filem seram kini kembali menjengah pawagam tempatan dengan menampilkan filem yang ditunggu-tunggu iaitu sekuel Makmum 2.

Makmum 2 ialah sebuah filem seram Indonesia yang mula ditayangkan di Malaysia pada 13 Januari 2022.

Berbeza dengan filem pertamanya, Makmum 2 juga dikatakan peminat, berjaya membuat penonton merinding, malah menjerit seram di pawagam.

Sebabnya, jalan cerita Makmum 2 ni memang seram dan dekat dengan budaya Nusantara.

Filem Makmum 2 juga menampilkan hantu yang sangat menakutkan dan boleh membuatkan penonton terbayang.

Ingin tahu tentang review filem Makmum 2?

Jalan cerita

makmum 2 2

HANTU hutan larangan mengganggu penduduk kampung ketika mereka bersolat. — Agensi

Mempunyai latar belakang di luar bandar, menjadikan suasana dan aura filem Makmum 2 sangat menyeramkan.

Filem ini mengisahkan penduduk kampung yang tinggal bersebelahan dengan hutan larangan.

Penduduk kampung yang ingin membina masjid tidak mengendahkan pantang larang hutan larangan, malah mengambil sebahagian daripada tanah hutan.

Mereka bukan sahaja membina masjid di atas tanah hutan tersebut, tetapi mereka menebang pokok yang tidak sepatutnya ditebang.

Disebabkan itu, hantu di hutan larangan marah dan sedikit demi sedikit muncul dengan mengganggu anak-anak kampung di situ.

Titi Kamal, watak utama dalam filem ini, mengalami gangguan demi gangguan.

Walaupun Titi Kamal memberitahu bahawa ada sesuatu yang berbeza tentang hutan larangan itu, penduduk langsung tidak mempedulikannya.

Akhirnya, kanak-kanak di kampung itu menjadi sasaran hantu hutan larangan yang juga mengganggu ibu bapa ketika mereka sedang bersolat.

Adegan seram

makmum 2 3

LAKONAN Titi Kamal juga boleh membuatkan penonton merinding sehingga ketakutan.— Agensi

Semestinya Makmum 2, menampilkan sosok seram hantu hutan larangan tersebut.

Hantu yang tidak bermuka, berwarna hitam, dan berdagu panjang membuatkan penonton terbayang-bayang

Bukan hantu sahaja, lakonan Titi Kamal juga boleh membuatkan penonton merinding sehingga ketakutan.

Seram wajah dan mata Titi Kamal apabila dirasuk hantu hutan larangan tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata

Lebih-lebih lagi, ketika Titi Kamal dirasuk ketika di majlis tahlil, riak wajahnya sangat menakutkan.

Jika mahu tahu lebih lanjut, tonton Makmum 2 di pawagam berdekatan anda.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

filem, seram, makmum, indonesia, makmum 2, histeria