Selebriti dijangkiti Covid-19 lebih sekali


  • Hiburan
  • Ahad, 09 Jan 2022

SELEBRITI ini sudah dijangkiti Covid-19 sebanyak dua kali.

JANGKITAN Covid-19 tidak pernah memilih mangsa. Baik berharta mahupun terkenal, risiko untuk dijangkiti sentiasa ada walaupun sudah mengambil langkah berjaga-jaga.

Beberapa selebriti tempatan sebelum ini juga ada yang dijangkiti Covid-19 malah ada yang ke tahap meragut nyawa.

Pelakon, Aeril Zafrel juga setakat ini yang diketahui sudah dua kali dijangkiti Covid-19 pada Januari dan Ogos 2021.

Di Indonesia juga, terdapat beberapa selebriti yang sudah dua kali dijangkiti Covid-19.

0623rsatta_1624415970

Atta Halilintar

YouTuber selebriti ini sudah dua kali dijangkiti Covid-19 dengan kali pertama ialah beberapa hari sebelum dia bernikah dengan isterinya, Aurel Harmansyah.

Kali kedua dia dijangkiti Covid-19 ialah ketika berada di Surakarta pada April 2021.

sntauia1_1613458396

Ashanty

Ashanty adalah selebriti terbaharu dari Indonesia yang disahkan positif Covid-19 (varian Omicron) pada Jumaat dan itu adalah kali yang kedua buatnya.

Dia disahkan positif selepas pulang dari Turki dan kini sedang menjalani proses kuarantin di hospital.

Ashanty pada Januari 2021 juga disahkan positif Covid-19 selepas mengalami demam, batuk dan sesak nafas.

0202-dewi-persik

Dewi Persik

Penyanyi dangdut, Dewi Persik juga antara yang dijangkiti Covid-19 pada Disember 2021.

Gejala Dewi ketika disahkan positif Covid-19 sangat teruk kerana ruam memenuhi badannya hingga ke muka.

Namun, selepas beberapa hari disahkan negatif, Dewi memberitahu yang dia disahkan sekali lagi positif Covid-19.

202103261115-main.cropped_1616732161

Maia Estianty

Maia Estianty dijangkiti Covid-19 sebanyak dua kali iaitu pada Disember 2020 dan Mac 2021 selepas berpeluk dengan seseorang yang positif virus tersebut.

Menceritakan pengalamannya, Maia berkata, kali pertama dia dijangkiti, tiada sebarang gejala yang dirasakannya.

Namun, ketika kali kedua, dia mula batuk melampau sehingga terpaksa menjalani kuarantin selama lima hari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram