KAKTUS merupakan salah satu tanaman tahan lasak dan tidak memerlukan pemerhatian khusus, namun bukan bermaksud tumbuhan berkenaan boleh dibiarkan begitu sahaja.
Fakta ringkasnya, kaktus tergolong dalam kategori tanaman berbunga Cactaceae yang mana kerap ditemui di kawasan tropika seperti di Amerika Utara, Selatan dan tengah.
Sifatnya yang mudah dijaga membuatkan kaktus sering menjadi pilihan penggemar sekali gus menjadi tanaman kegemaran.
Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira bagi memastikan kaktus tumbuh dengan sihat dan sentiasa berada dalam keadaan baik:
1. Menyiram
-
Biarpun dikategorikan sebagai tumbuhan tahan lasak dan hanya memerlukan kandungan air yang sedikit, kaktus turut mempunyai cara tersendiri untuk menyiramnya.
-
Pemilik perlu mengetahui kadar kelembapan tanah dan lokasi pokok diletakkan kerana sekiranya kaktus diletakkan secara terus di bawah terik matahari, penyiramannya perlu berkala seperti seminggu sekali.
-
Sekiranya diletakkan di tempat yang lebih dingin dan redup, cukup sekadar sekali dalam tempoh dua minggu atau sebulan.
2. Pencahayaan
-
Pemilik perlu mengetahui jenis kaktus sama ada gurun atau tropika sebelum mendedahkannya pencahayaan matahari.
-
Bagi jenis gurun, kaktus memerlukan pencahayaan matahari secara terus manakala tropika pula memerlukan sedikit perlindungan atau tidak memerlukan pencahayaan secara terus.
3. Haiwan perosak
-
Kerosakan tanaman disebabkan tanah yang disiramkan terlalu kerap boleh menyebabkan kaktus mati.
-
Tidak hanya itu, kehadiran haiwan perosak seperti kutu putih turut dikhuatiri mampu menjejaskan keadaan tumbuhan.
-
Cara mencegahnya, pastikan kandungan air dan cahaya matahari yang cukup agar dapat mengelakkan serangan haiwan perosak.
-
Selainnya, letakkan kapas yang mengandungi cairan alkohol yang boleh didapati di farmasi.
4. Udara segar
-
Memang tidak dinafikan, cahaya dan air adalah sumber utama kaktus, namun pengudaraan yang bersih dan nyaman juga penting.
-
Jika kaktus disimpan di dalam rumah perlu diletakkan berhampiran dengan tingkap dan sentiasa bersihkan persekitaran agar bebas habuk.
Secara ringkasnya, perhatian dan tanggungjawab penting terutama memelihara makhluk hidup, begitulah juga untuk penjagaan tumbuhan.
Jangan abaikan tumbuhan anda dan sentiasa berusaha untuk luangkan masa untuk menjaga tumbuhan tersebut.— Sinar Plus
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram