SEBUT sahaja filem bertemakan zombi, antara yang terlintas di kepala adalah filem dari Korea Selatan berjudul Train To Busan.
Bukan sahaja menjadi fenomena di dalam negara, malah filem yang ditayangkan pada 2016 itu juga mendapat perhatian peminat filem antarabangsa.
Apa yang anda tidak tahu, sebenarnya ada lagi filem bertemakan zombi dari Korea Selatan yang menarik tetapi tidak diketahui ramai.
Adegan luar jangka yang mendebarkan serta reaksi penuh dramatik oleh zombi Korea membuatkan kita terpaku menyaksikan drama bergenre tersebut sehingga tamat.
Jadi, apa lagi filem bergenre sama yang boleh ditonton?
Berikut Majoriti senaraikan lima filem zombi Korea yang pernah ditayangkan sebelum ini.
The Wailing merupakan kisah seorang pegawai polis yang hadir ke sebuah perkampungan nelayan bernama Gokseong untuk menyiasat kes misteri di kawasan tersebut.
Konflik mula berlaku apabila tiba seorang lelaki misteri ke bandar itu yang terus membuatkan penduduk kampung mula terkena virus zombi.
Filem ini bergenre seram dan menariknya turut memaparkan elemen budaya Korea.
Penilaian: 7.5/10 di IMDb.
Filem ini adalah penceritaan secara mendalam kepada watak Ashin dalam siri Netflix berjudul Kingdom.
Menerusi filem ini, Ashin bertukar menjadi watak antagonis yang membawa zombi ke wilayah Joseon.
Malah, sejak kecil lagi Ashin sudah mengetahui tentang kewujuan zombi dan mahu menggunakannya untuk membalas dendam keluarganya bila dewasa.
Penilaian: 7/10 di IMDb.
Kalau tak berani nak tonton filem seram, maka inilah filem zombi yang sesuai kerana bergenre komedi seram.
Zombi dalam filem ini wujud hasil daripada kegagalan sebuah eksperimen yang dilakukan oleh sebuah farmasi yang sebelum itu sering mengambil rasuah.
Seorang daripada ahli keluarga Park kemudian telah diserang zombi tersebut dan kesempatan itu digunakan mereka untuk mencari cara bagaimana mahu mendapatkan wang hasil daripada eksperimen yang gagal itu.
Penilaian: 6.5/10 di IMDb.
Rampant merupakan sebuah filem epik yang mengisahkan pertembungan antara Putera Raja, Lee Chung (Hyun Bin) dan Menteri Perang Joseon, Kim Ja-joon (Jang Dong-gun).
Lee Chung diculik oleh keluarga Qing yang berkuasa dan mempunyai rancangan untuk menjadikannya Putera Mahkota yang baharu.
Konflik mula berlaku apabila wilayah tersebut diserang zombi yang sekali gus memberi kesan kepada keluarga Qing untuk menjadi Le Chung sebagai Putera Mahkota.
Penilaian: 6.3/10 di IMDb.
Filem ini bercerita mengenai sebuah bangunan yang padat dengan manusia dan pada masa sama telah dikepung oleh zombi.
Fokus filem ini adalah kepada perjuangan seorang pemain video game, Oh Joon Wo yang berusaha untuk menyelamatkan dirinya daripada menjadi zombi.
Banyak adegan seram dan mengejutkan di dalam filem termasuklah usaha Joon Wo untuk menyelamatkan penghuni lain di bangunan tersebut.
Penilaian: 6.3/10 di IMDb.
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram