Kacang muda dari Marang ke Manchester


  • Podium
  • Khamis, 16 Dis 2021

MUHAMMAD Syafik terpilih untuk mewakili skuad Malaysia di bawa jurulatih, Brad Maloney bagi menghadapi perlawanan pusingan akhir Piala Asia 2022.

KEJAYAAN ketua jurulatih, Badrul Afzan Razali membimbing pemain muda dalam pasukan Terengganu FC II (TFC II) telah berjaya membawa skuad itu menamatkan saingan Liga Perdana di kedudukan ketiga pada musim 2021.

Bagi menghadapi Liga Perdana musim hadapan, TFC II tetap meletakkan kepercayaan kepada pemain-pemain muda sebagai barisan utama.

Antara pemain muda yang menjadi tonggak utama di bahagian tengah pasukan TFC II ialah Muhammad Syafik Ismail atau lebih dikenali sebagai Kacang.

Mari kenali serba sedikit pemain selama ini menjadi tunjang TFC II.

Profil

266752618_438670504369681_6788142083639557090_n

Nama : Muhammad Syafik Ismail

Umur : 21 tahun

Asal : Marang, Terengganu

Pendidikan : SMK Pengkalan Berangan dan Sekolah Sukan Bukit Nenas.

Kelebihan: Seorang pemain yang lebih banyak menggunakan kaki kiri dan suka mengelecek bola sehingga ke dalam kotak penalti.

Pencapaian:

  • Terpilih untuk menjalani latihan bersama pemain profesional di Old Trafford, Manchester United dalam program Mencari Ramli pada tahun 2016.
  • Dipanggil untuk ke Bangladesh untuk membarisi skuad yang memenangi kejuaraan Piala Sheikh Kamal.
  • Membarisi skuad Piala Belia Terenggaanu pada tahun 2018 dan 2019.
  • Dinaikkan pangkat ke TFC pada tahun 2020 dan diberi kepercayaan sepenuhnya oleh Jurulatih Nafuzi Zain untuk beraksi bersama skuad utama.
  • Tetapi peluang beraksi bersama TFC I membuatkan Nafuzi memindahkan Kacang ke TFC II bagi mencari pengalaman di Liga Perdana.
  • Disenarai dalam skuad utama ke Stadium Sultan Ismail (SSI) pada perlawanan separuh akhir kedua semasa kempen Piala Malaysia 2021.
  • Dipanggil menyertai skuad Malaysia di bawah jurulatih, Brad Maloney untuk sesi perlawanan kelayakan ke pusingan akhir Piala Asia 2022.

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram