TAMPIL dengan imej berambut pendek dan warna rambut keperangan, Fasha Sandha mengakui dia kekok dengan penampilan tersebut sehingga membuatkan dia berasa malu untuk keluar rumah.
Bercerita mengenai perubahan imejnya itu, Fasha berkata, dia melakukan perkara tersebut atas arahan pengarah untuk watakanya sebagai Hanim dalam drama Khilaf Asrama.
"Saya sebenarnya memang tak selesa dengan warna rambut macam ini tapi pengarah yang minta supaya saya nampak berbeza.
"Malah, ini juga pengalaman pertama saya melunturkan rambut (bleach) dan pada mulanya saya memang tak boleh terima sampai malu nak keluar rumah," katanya.
Fasha berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media Anugerah Meletop Era 2021 di GSC Tropicana Gardens Mall, Selangor baru-baru ini.
Menerusi anugerah tersebut, Fasha tercalon dalam kategori Pelakon MeleTop yang menyaksikan dia bersaing dengan Dini Schatzmann, Mira Filzah, Uqasha Senrose dan Uyaina Arshad.
Menurut Fasha, rasa kekok tersebut membuatkan dia hormat terhadap rakan artis lain yang berani tampil dengan imej baharu termasuklah mewarnakan rambut.
Dalam pada itu, suami kepada Fasha, Aidil Aziz turut memahami penampilan imej baharu isterinya itu.
"Saya tahu dia tak selesa dengan imej tersebut tetapi sebagai seorang pelakon, dia kena faham dan perlu sesuaikan diri kerana ini adalah atas kehendak kerja.
"Apa yang penting, walaupun tampil dengan imej baharu, dia tetap cantik di mata saya," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram