M. Nasir positif Covid-19


  • Hiburan
  • Isnin, 13 Dis 2021

UJIAN PCR yang dilakukan M.Nasir hari ini juga mendapati dia positif Covid-19. — The Star

PENYANYI dan komposer terkenal, Datuk M. Nasir dimaklumkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya sejak Ahad.

Difahamkan, isterinya, Datin Marlia Musa mengesahkan perkara tersebut selepas menjalani ujian saringan Covid-19 menggunakan air liur semalam didapati positif.

Malah, Marlia turut memberitahu keputusan sama diperoleh ketika ujian Tindak Balas Rantaian Polimerase (PCR) dilakukan hari ini.

Marlia berkata, suaminya buat masa ini tidak mengalami sebarang gejala yang teruk manakala dia dan anaknya, Suci Musalmah juga sudah melakukan ujian dan bebas Covid-19. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

M.Nasir, Covid-19, Positif, Penyanyi, Komposer