LEBIH 1,000 orang pelancong terkandas di Bukit Bendera, Pulau Pinang selepas kereta api bukit (funikular) rosak di Stesen Atas pada Ahad.
Kerosakan berlaku selepas sistem kereta api berkenaan mengalami ralat dan pengunjung terpaksa dibawa turun dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda ke Taman Botani.
Difahamkan beberapa bas Rapid Penang menunggu pengunjung terkandas, pulang ke Stesen Bawah.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 malam dan proses pemindahan tamat kira-kira pukul 11.30 malam selepas semua penumpang selamat dibawa turun.
Ini adalah kali ketiga kereta api funikular berkenaan rosak selepas ia mengalami gangguan teknikal pada Oktober dan November. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram