Roh Filem Terbaik FFM31, tewaskan Sangkar dan Fly By Night


  • Hiburan
  • Sabtu, 11 Dis 2021

EMIR bersama trofi yang dimenanginya bagi kategori Filem Terbaik FFM31.
SEPERTI yang dijangka, filem Roh dinobatkan sebagai Filem Terbaik dalam anugerah Festival Filem Malaysia ke 31 (FFM31) sekali gus membawa pulang Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000 dam trofi.

Filem yang diarahkan oleh Emir Ewan itu berjaya menewaskan empat lagi filem yang lain iaitu Fly By Night, Sangkar, Ejen Ali The Movie dan Geran.

Filem Roh turut memenangi lima kategori lain iaitu Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Putri Qaseh); Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Junainah M. Lojong); Skor Muzik Terbaik (Reinchez Ng); Lakon Layar Terbaik (Emir Ezwan) dan Rekaan Busana Terbaik (Tengku Syahmi).

Menurut Emir, pihaknya tidak membuat filem dengan skala mahal sebab mahu kembalikan filem-filem lama saya yang berskala dengan modal kecil.

"Sebelum ini saya ada banyak buat filem tetapi banyak yang tidak ditayangkan atas sebab sensitiviti dan sebagainya.

"Disebabkan itu saya berhenti membuat filem dan saya kembali selepas 10 tahun dengan gaya filem bebas (indipendant).

"Sebab itu filem ini dibikin dengan modal yang rendah dan lebih bebas untuk berkarya dan fokus kepada interpretasi seni kepada pengarah dan kesemua dalam filem," katanya.

Menurut Emir juga, pada mulanya ketika dia membawa filem Roh untuk diterbitkan, ada yang menolak dan menganggap filem ini akan diharamkan kerana bercakap soal akidah.

Untuk rekod, Roh juga sebelum ini pernah dipilih untuk mewakili negara ke Academy Awards ke-93 atau Oscars pada April tahun lalu.

Filem terbitan Kuman Pictures Sdn Bhd itu dicalonkan untuk kategori International Feature Film Award.

FFM kali ini juga mengangkat tema Citra Sinema yang membawa maksud manifestasi sinema Malaysia yang berinspirasikan keunikan serta variasi cerita, identiti dan nilai tempatan dengan impak pembikinan dan penontonan sejagat merentas sempadan.

Turut hadir dalam anugerah ini adalah Menteri Komunikasi dan Multiedia, Tan Sri Annuar Musa.

Untuk rekod, sebanyak 28 anugerah telah disampaikan pada FFM31 kali ini yang diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Jumaat.

Berikut adalah keputusan penuh FFM31:

1. Sinematografi Terbaik:

Low Soon Keong (Fly By Night)

2. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik:

Putri Qaseh (Roh)

3. Lagu Tema Terbaik:

Ayuhlah (Suatu Ketika)

4. Penyunting Terbaik:

Heng Yin Chau (Fly By Night)

5. Pelakon Wanita Harapan:

Fify Azmi (Wira)

6. Pelakon Lelaki Harapan:

Anding Indrawani (Headhunter)

7. Pengarah Harapan:

Zahir Omar (Fly By Night)

8. Cerita Asal Terbaik:

Tan Twan Eng (The Garden Of Evening Mists)

9. Lakon Layar Terbaik:

Emir Ezwan (Roh)

10. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir:

Datuk Seri Ahmad Nawab

11. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman:

Fauziah Nawi

12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik:

Junainah M. Lojong (Roh)

13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik:

Remy Ishak (Sangkar)

14. Film Box-Office:

Ejen Ali The Movie

15. Poster Terbaik:

Christopher Chua Eng Hui (Walk With Me)

16. Kesan Khas Visual Terbaik:

VHQ Post (The Garden Of Evening Mists)

17. Tatarias Terbaik:

Ella Sandera (Sangkar)

18. Rekaan Busana Terbaik:

Tengku Syahmi (Roh)

19. Skor Muzik Terbaik:

Reinchez Ng (Roh)

20. Penataan Seni Terbaik:

Nazrul Asraff Mahzan (Sangkar)

21. Penataan Bunyi Terbaik:

Fadhli Abu, Hakim Kamal, Shafiq Isa (Ejen Ali The Movie)

22. Anugerah Khas Juri 1:

Suatu Ketika

23. Anugerah Khas Juri 2:

Geran

24. Anugerah Khas Juri 3:

Headhunter

25. Pelakon Wanita Terbaik:

Sinji Lee (The Garden Of The Evening Mists)

26. Pelakon Lelaki Terbaik:

Zul Ariffin (Sangkar)

27. Pengarah Terbaik:

Kabir Bhatia (Sangkar)

28. Filem Terbaik: Sangkar

​​​​

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Hiburan, Sangkar, FFM31, Filem, Roh