Menurun semula, negara catat 4,298 kes baharu Covid-19


  • Primer
  • Ahad, 05 Dis 2021

SEBANYAK 4,298 kes baharu Covid-19 dicatatkan pada Ahad. — The Star

MALAYSIA mencatatkan 4,298 kes baharu Covid-19 pada Ahad, menurun berbanding 4,896 kes yang direkodkan pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, ini menjadikan jangkitan keseluruhan wabak itu sebanyak 2,658,772 kes setakat ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 4,929 kes sembuh dicatatkan pada Ahad, menjadikan jumlah sembuh keseluruhan sebanyak 2,566,159 kes.

Beliau berkata, sebanyak sembilan kluster baharu dikesan, 233 kluster masih aktif manakala 5,745 kluster telah tamat.

"Ini menjadikan jumlah kluster sebanyak 5,978 kluster setakat ini," katanya.

Katanya, sebanyak 471 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 264 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, maklumat terperinci berkaitan Covid-19 akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

KKM, kes baharu, Covid-19