Bahaya menanti jika anda jarang tukar berus gigi


  • Sihat
  • Isnin, 06 Dis 2021

ANTARA tanda-tanda berus gigi harus ditukar ialah apabila ia apabila berusnya kelihatan lusuh dan terlalu membengkok. — Agensi

KITA disyorkan untuk memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, selama dua minit setiap kali, untuk penjagaan mulut yang sempurna.

Bagaimanapun, jika berus gigi yang digunakan tidak ditukar dengan secara berkala, menggosok gigi hanya sia-sia malah boleh menyebabkan masalah lain di dalam mulut.

Menurut seorang doktor gigi, Dr Melike Aytekin, berus gigi harus ditukar setiap tiga bulan atau lebih awal lagi, bergantung kepada keadaan berus gigi itu.

Katanya, antara tanda-tanda berus gigi harus ditukar ialah apabila ia apabila berusnya kelihatan lusuh dan terlalu membengkok.

Jelasnya, ia menyebabkan berus gigi hilang keupayaan untuk mengeluarkan makanan dan plak dari bahagian gigi.

"Sebaik sahaja berus gigi menjadi lembut atau anda melihat bulu-bulunya bercapuk, sudah tiba masanya untuk menukar kepada yang baharu," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, berus gigi yang sudah lama boleh menyebabkan pengumpulan kuman dan bakteria di bahagian gigi.

Tambahnya, disebabkan berus gigi sudah tidak berupaya untuk mengeluarkan sisa makanan dari gigi, perkara itu boleh menyebabkan pembentukan plak yang menyumbang kepada penyakit gusi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

berus gigi, tukar, penyakit, gusi, plak, Melike Aytekin