Sempat 'cut' masa 'live', Shahidan umum Wilayah cuti 3 Disember


  • Podium
  • Rabu, 01 Dis 2021

PEMAIN pertahanan Kuala Lumpur City FC (KL City) Shukor Adan menjulang Piala Malaysia 2021 yang dimenangi pasukannya selepas menewaskan JDT 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Selasa. — Bernama

MENTERI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan cuti pelepasan am bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Jumaat ini.

Cuti pelepasan am itu bersempena dengan kejuaraan pasukan KL City FC dalam Piala Malaysia 2021 pada Selasa.

"Kemenangan semalam (Selasa) adalah pencapaian terbaik buat KL City FC setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia, yang mana kali terakhir kemenangan adalah pada tahun 1989.

"Justeru, pengisytiharan hari pelepasan am ini dibuat selaras dengan Subseksyen 9 (2) Akta Hari Pelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Wilayah Persekutuan," katanya dalam satu sidang media pada Rabu.

Screenshot 2021-12-01 194520

SHAHIDAN mempraktikkan dahulu bacaannya sebelum memulakan sidang media sebenar.

Sebelum sidang media itu, Shahidan hanya melatih bacaan pada kenyataannya, namun tidak menyedari beliau sedang bersiaran langsung.

Beliau yang menyedari perkara itu tidak beberapa lama kemudian sempat meminta pengamal media di lokasi yang membuat siaran langsung, untuk memotong atau 'cut' ucapannya sebelum sidang media berlangsung seperti biasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram