SEBANYAK 5,439 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu, naik sedikit berbanding 4,879 kes yang dicatatkan pada Selasa.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan di Facebook berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 2,638,221 kes setakat ini.
Dr Noor Hisham berkata, kes sembuh pada Rabu mencatatkan 6,803 kes dan ini menjadikan sebanyak 2,544,007 kes kumulatif sembuh.
Beliau berkata, sebanyak enam kluster baharu dikesan, 226 kluster masih aktif, manakala 5,727 kluster telah tamat.
"Ini menjadikan sebanyak 5,953 jumlah kluster dikesan setakat ini," katanya.
Tambahnya, sebanyak 500 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 258 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya lagi, maklumat terperinci mengenai Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.govmy
"Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram