Hellbound ungguli carta teratas siri Netflix, musim kedua bakal muncul


  • Hiburan
  • Ahad, 28 Nov 2021

MENERUSI siri Hellbound, malaikat maut akan mencabut nyawa manusia apabila tiba masa untuk mereka mati. — Agensi

SIRI Netflix berjudul Hellbound mengungguli kategori siri televisyen global selama enam hari berturut-turut.

Hellbound mengungguli kategori itu pada 20 November selepas ia ditayangkan pada 19 November.

Drama bersiri Korea itu diatasi siri animasi Arcane terbitan League of Legends pada 21 November, namun ia pantas memperoleh semula kedudukan teratasnya dan kekal di kedudukan teratas selama enam hari berturut-turut selepas 22 November.

Setakat 28 November, antara 10 siri televisyen global teratas di Netflix adalah Hellbound yang menduduki tempat pertama, karya Korea lain seperti Squid Game menduduki tempat ke-6 manakala The King's Affection menduduki tempat ke-8.

Kedudukan teratas drama-drama ini menunjukkan populariti filem atau siri Korea mendapat sambutan di pentas antarabangsa.

Secara ringkas, Hellbound mengisahkan orang ramai yang dihebohkan tentang ramalan bila mereka akan mati. Apabila tiba masanya, malaikat maut akan muncul dan mencabut nyawa mereka.

Watak Jung Jin-Soo yang dilakonkan oleh Yoo Ah-In adalah ketua baharu agama Saejinrihwe.

Dia sering mengatakan bahawa terdapat satu fenomena yang mana malaikat maut datang dari neraka dan mendakwa ia adalah wahyu daripada tuhan. Jung Jin-Soo mempunyai karisma yang kuat dan aspek misteri.

Bae Young-Jae yang dilakonkan oleh Park Jung Min adalah pengarah program di sebuah stesen penyiaran. Dia cuba mencungkil kebenaran tentang kumpulan agama Saejinrihwe.

Sementara itu, watak Min Hey-Jin yang dilakonkan oleh Kim Hyun-Joo adalah seorang peguam, yang juga menentang Hwasalchok (Arrowhead).

Hwasalchok terdiri daripada individu yang menjadi pengikut Saejinrihwe secara membuta tuli.

Selain itu, Hellbound turut dibintangi oleh Won Jin-A yang memegang watak Song So-Hyun. Dia yang juga isteri Bae Young-Jae menderita penyakit emosi yang tidak dapat ditangani.

Jin Kyung-Hoon yang dilakonkan oleh Yang Ik-June pula adalah seorang detektif dan menyiasat kes yang melibatkan kemunculan malaikat maut.

Sementara itu, penerbit Hellbound merancang untuk menerbitkan musim kedua drama bersiri itu.

Pernahkah anda menonton Hellbound? Apa pendapat anda mengenainya? — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram